Monday, March 10, 2014

Khalid Bergantung Pada Dubur Saiful Untuk Kekal Jawatan MB


Nampaknya antara yang tarik nafas panjang bila pencalonan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kajang tidak diteruskan ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan wanita simpanannya, Faekah Hussin.

Itulah pun takdir Khalid, bergantung pada dubor Saiful Bukhari Azlan untuk meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar.

Bagaimanapun, kegembiraan Khalid mungkin tidak kekal lama kerana sudah ada ura-ura pengganti Anwar, Datin Seri Wan Azizah Ismail akan mengambil alih jawatan Menteri Besar dari Khalid.


Gembar gembur mengenai perkara tersebut sudah mula diperkatakan orang sejak Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara selama 5 tahun ke atas Anwar kerana fitnah meliwat Saiful secara paksa, walaupun sangat jelas mengikut fakta undang-undang, hubungan itu terjadi secara sukarela.

Apa sekalipun, aku percaya Anwar tidak akan sesekali membiarkan tidur malam Khalid lena, hanya kerana jawatan Menteri Besar Selangor kini sudah tidak terusik.  

Walaupun perlantikkan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor mungkin agak keterlaluan pada pendapat sesetengah orang kerana Presiden PKR itu tidak mempunyai sejarah kepimpinan yang boleh dibanggakan untuk memimpin kerajaan negeri termaju di Malaysia itu, tapi yang penting adalah Khalid bukan lagi Menteri Besar.

Anehnya, sejak Wan Azizah diumumkan sebagai calon PKR pada Sabtu lepas, Khalid tidak pula kedekut untuk menyalurkan peruntukkan dari Pejabat Menteri Besar Selangor bagi membantu kempen PKR di Kajang.

Sebelum ini Khalid berkeras tidak mahu menggunakan dana kerajaan untuk membantu kempen politik PKR dan Pakatan Rakyat kerana kononnya mengkhianati amanah rakyat, tapi kenapa pula sekarang boleh?

Difahamkan, sejak Sabtu lepas, sejumlah RM 60,000 telah dibayar oleh pejabat Menteri Besar Selangor kepada jentera kempen PKR di Kajang.  Sejumlah besar wang lagi akan dikeluarkan pada hari penamaan calon esok dan seterusnya sehingga PKR diumumkan menang pada 23 Mac nanti.

Malah pejabat MB Selangor juga akan turut membiayai kempen PKR di DUN Balingian Sarawak yang mana hari pengundian akan berlangsung pada 29 Mac nanti.

Adakah peruntukan ini semua bagi membeli jiwa pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat agar Khalid dapat terus dikekalkan sebagai Menteri Besar Selangor? 

Sama-samalah kita tunggu keputusannya nanti.