Pelbagai cerita tidak masuk akal yang dibangkitkan UMNO (dengan menggunakan akhbar luar negara) untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan misteri kehilangan pesawat MH370 - terutama hubungan beliau dengan juruterbang pesawat tersebut, Kapten Zaharie Ahmad Shah telah menyebabkan Anwar mungkin dipanggil polis untuk memberi keterangan mengenai perkara tersebut.
Menurut sumber dalaman PKR lagi, silap-silap, telefon dan komputer riba Anwar juga akan dirampas untuk membantu siasatan setelah ada khabar memaklumkan Anwar membuat beberapa panggilan ke telefon Kapten Zaharie beberapa jam sebelum pesawat itu dilapurkan hilang.
Semua peguam Anwar juga telah diminta bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan termasuk pendakwaan dibawah SOSMA jika siasatan itu nanti mendapati Anwar dan juruterbang berkenaan memang ada berhubung sebelum pesawat tersebut hilang.
Jika maklumat ini benar (Anwar dipanggil untuk membantu siasatan), rakyat akan melihat UMNO begitu bersungguh-sungguh nak mematikan karier politik Anwar setelah berjaya menyabitkannya dengan kesalahan liwat di peringkat Mahkamah Rayuan.
Bagi menjelaskan hal ini, sudah tentu sebagai pemimpin yang tidak mengikut protokol dan mengetuai antara parti politik terbesar di Malaysia, adalah biasa untuk pemimpin seperti Anwar menerima panggilan kepada ahli-ahli parti bagi menyampaikan buah fikiran kepada mereka.
Kapten Zaharie tidak terkecuali.
Tidak bolehlah kerana satu atau beberapa panggilan itu nak dikatakan Anwar ada hubung kait dengan kehilangan pesawat tersebut, hanya kerana kejadian ini berlaku tak berapa lama setelah Mahkamah Rayuan menyampaikan hukuman dengan memenjarakan Anwar selama 5 tahun.
Mana Anwar ada pengaruh yang sebegitu besar sehingga seorang juruterbang professional seperti Zaharie boleh terpengaruh dan sangup menghempaskan pesawaat tersebut ke laut hanya kerana kecewa Anwar dipenjarakan?
Ini adalah logik tidak masuk akal yang cuba ditimbulkan oleh UMNO, dengan menggunakan khidmat akhbar luar negara yang dibayar, sekarang logik yang sama cuba nak didoktrinkan di kepala rakyat Malaysia pula.
Sehubungan dengan itu, semua penyokong Pakatan Rakyat diminta untuk bersedia dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku dari sekarang. Anwar mungkin dipenjarakan lebih awal atas kesalahan lain dan ini tidak boleh dibenarkan sama sekali.