Seperti mana dalam kejadian pencerobohan pengganas di Lahad Datu Sabah pada Mac tahun lepas, ada usaha sedang dijalan oleh penyokong UMNO untuk mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kehilangan pesawat tersebut.
Ini setelah juruterbang pesawat itu disahkan sebagai penyokong kuat PKR dan mungkin telah menyumbang banyak wang kepada PKR untuk menjalankan aktiviti-aktiviti politiknya.
Perkara ini sengaja diperbesar-besarkan oleh para penyokong UMNO apabila mengaitkan kejadian itu dengan keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lepas yang menyabitkan Anwar dengan kesalahan meliwat Saiful Bukhari Azlan pada tahun 2008.
Kehilangan pesawat berkenaan pula disedari pada keesokkan harinya.
Aku yakin, walaupun juruterbang pesawat berkenaan adalah penyokong kuat Pakatan Rakyat, itu tidak begitu menjejaskan tugasnya sebagai seorang juruterbang MAS.
Kalau menjejaskan, kenapa MAS masih meneruskan khidmat juruterbang berkenaan setelah mengetahui kecenderungan politiknya? Aku difahamkan, juruterbang berkenaan tidak pernah merahsiakan hakikat bahawa dia adalah penyokong Pakatan Rakyat.
Menyokong pendapat ini, sudah ada beberapa blog yag menyiarkan screenshot dari akaun FB juruterbang berkenaan yang secara jelas menunjukkan bahawa di adalah seorang penyokong kuat Pakatan Rakyat, terutama PKR.
Kalau semua orang tahu, mustahil MAS tak tahu.
Aku yakin juruterbang berkenaan profesional dalam menjalankan tugasnya. Hakikat bahawa pesawat itu hilang, tidak beberapa lama setelah Anwar disabitkan dengan kesalahan meliwat Saiful, adalah satu bala dari Tuhan, bukan ada kaitan dengan kecenderungan politik juruterbang.
Lagipun, jika nak diandaikan bahawa kecenderungan politik boleh memberi kesan kepada karier seseorang, Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam yang dilantik sebagai Pengarah Operasi Carilamat pesawat MH 370, Datuk Azharudin Abdul Rahman adalah seorang penyokong kuat PAS.
Semua orang dalam DCA tahu bahawa beliau adalah seorang penyokong PAS dan sering mengkritik kerajaan dalam beberapa mesyuarat penting yang dipengerusikannya.
Adakah kita melihat sebarang kelemahan dalam operasi yang sedang dijalankan sekarang? Sudah tentu tidak, dan kalau ada kelemahan pun, kesalahan itu patut dihalakan kepada kerajaan kerana meletakkan Azharudin sebagai pengarah operasi dengan mengetahui kecenderungan politiknya.
Jadi nasihat aku, hentikanlah mengaitkan Anwar dengan nahas pesawat berkenaan. Tragedi ini tidak akan terjadi kalau Anwar didapati tidak bersalah pada Jumaat yang lepas, bila terjadi juga, bala tuhanlah yang menyebabkan kemalangan pada pesawat MH 370 ini.
Tidak ada penjelasan lain.
Kalau ada sekalipun pihak yang perlu dipertanggungjawabkan atas tragedi ini, pihak itu adalah UMNO, bukan Anwar. UMNOlah punca semua masalah ini kerana UMNO yang mengawal Mahkamah, UMNO juga yang memiliki MAS dan orang UMNO juga yang menjadi pemangku Menteri Pengangkutan.
Pendek kata, semua ini salah UMNO.