Tuesday, March 11, 2014

#MH370: Memang Anwar Doa Malaysia Ditimpa Bala, So What?


Banyak pihak menyalahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga berlakunya kemalangan penerbangan MH370 pesawat 777-200 yang terhempas Sabtu lepas.  Menurut mereka, doa Anwarlah yang menyebabkan kejadian itu kerana orang Islam percaya, doa orang yang dizalimi memang akan di dengar Tuhan.

Tapi apa masalahnya kalau negara ini ditimpa bala akibat kezaliman yang dilakukan ke atas Anwar?  Sudah aniaya orang, terima sajalah balasan.

Memang perkara ini sukar nak dibuktikan secara saintifik, aku sendiri pun tak nampak hubung kait bagaimana doa boleh menjatuhkan sebuah pesawat yang beratnya beratus-ratus tan.  Tapi dah memang itu kepercayaan ramai orang, so kena terima sajalah.

Lagipun kelebihannya pada Anwar, di atas kezaliman yang dilakukan ke atas beliau telah menyebabkan negara ini ditimpa musibah apabila pesawat dengan 239 penumpang dan anak kapal itu hilang secara misteri dan dipercayai telah terhempas ke dalam laut.

Anwar hanya berdoa, jenis bala bagaimana tu hanya Tuhan yang tentukan.  Nak mengatakan Anwar salah pun tidak boleh kerana beliau tidak mungkin tahu apakah jenis bala yang dipilih Tuhan untuk dikenakan ke atas negara ini.

Tuhan saja yang tahu.

Maka itu, UMNO perlu berhenti menyalahkan Anwar kerana berdoa supaya negara ini ditimpa bala atas kezaliman yang dilakukan terhadap beliau.  UMNOlah yang sebenarnya meletakkan Anwar dalam posisi ini - terpaksa meminta Tuhan menurunkan bala terhadap Malaysia.

Jika UMNO membenarkan Mahkamah beroperasi secara adil, tidak mungkin pesawat itu akan hilang dan terhempas seperti sekarang.

Pakatan Rakyat tahu, UMNO boleh mengawal Mahkamah kerana bila Anwar dibebaskan pada 2004, keputusan itu dipercayai dipengaruhi oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi yang pada waktu itu menjadi Perdana Menteri.

Semua orang tahu itu dan atas sebab yang sama kenapa kita lihat Anwar tidak pernah menyerang Abdullah Badawi secara terbuka. 

Malah Anwar memimpin ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mengadakan undi percaya terhadap kepimpinan Abdullah di Parlimen ketika Abdullah sedang hebat di desak untuk berundur agar Najib boleh mengambil alih selepas tsunami politik 2008.

Peliknya, kenapa perkara sama tidak dilakukan sekarang? Jelas disitu, Najib memang mahu lihat Anwar masuk penjara kerana dendam kesumat politik dan bimbang Anwar akan mengambil alih jawatannya.