Tidak ada apa yang mengejutkan dengan keputusan Tan Sri Khalid Ibrahim nak mencabar Azmin Ali sebagai Timbalan Presiden PKR. Aku sendiri dah lama tahu cerita ini, kerana sejak kerusi DUN Kajang dikosongkan, masa depan Khalid dalam politik boleh dikatakan malap.
Setakat kedudukan sebagai Ahli Parlimen dan ADUN saja, belum cukup untuk Khalid teguh dalam politik, apatah lagi bila jawatan Menteri Besar Selangor diambil alih oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim nanti.
Pun begitu, pengumuman tersebut disambut dengan hilai tawa oleh penyokong-penyokong Pakatan Rakyat. Bagaimanakan pemimpin yang tidak mempunyai kekuatan - walaupun dalam kawasan asalnya sendiri di Ijok, nak mencabar pemimpin dengan kekuatan akar umbi seperti Azmin?
Tak usah baca jauh, baca dari segi itu saja (kekuatan di kawasan sendiri).
Apatah lagi, PKR adalah satu-satunya parti di Malaysia yang mengamalkan sistem pemilihan terus oleh ahli akar umbi, walaupun untuk jawatan tertinggi parti. UMNO pun tak seperti itu dimana UMNO hanya membenarkan pemimpin peringkat cawangan dan bahagian saja mengundi untuk jawatan tertinggi.
Soal sistem itu sukar di peringkat perlaksanaan (merujuk insiden 2010), itu cerita lain, yang penting, PKR membenarkan ahli akar umbinya menentukan kepimpinan di atas, seterusnya mengelakkan rasuah dan salah guna kuasa.
Persoalannya sekarang, bagaimana pemimpin seperti Khalid yang tidak ada kekuatan akar umbi nak mencabar Azmin yang kini berada pada kedudukan paling selesa untuk memimpin PKR, dibelakang Datin Seri Wan Azizah (kalau beliau mempertahankan jawatan presiden) dan Anwar?
Kalau di cabangnya sendiri pun, Kuala Selangor, kepimpinan Khalid ditolak oleh ahli-ahli parti, bagaimana pula Khalid nak menyakinkan ahli PKR di seluruh Malaysia untuk menyokong pencalonannya nanti?
Justeru, jalan yang paling baik adalah Khalid memikirkan semula keputusan tersebut semasak-masaknya. Khalid tidak akan kerugian apa-apa kalau tidak bertanding, tapi kalau Khalid kalah teruk, insiden itu akan diingat selama-lamanya.