SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan meneruskan pelan catuan air peringkat ketiga seperti yang dirancang walaupun hujan melanda beberapa kawasan tertentu di negeri ini beberapa hari lalu.
Menteri Besarnya , Tan Sri Abdul khalid Ibrahim berkata, pelan tindakan akan diteruskan kerana Empangan Sungai Selangor belum mencapai paras memuaskan.
“Kita masih lagi berusaha untuk menyelesaikan masalah ini, jika paras air semakin kritikal, kita akan putuskan sama ada catuan ini akan diteruskan atau tidak.
Menteri Besarnya , Tan Sri Abdul khalid Ibrahim berkata, pelan tindakan akan diteruskan kerana Empangan Sungai Selangor belum mencapai paras memuaskan.
“Kita masih lagi berusaha untuk menyelesaikan masalah ini, jika paras air semakin kritikal, kita akan putuskan sama ada catuan ini akan diteruskan atau tidak.
“Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) juga lebih prihatin kepada pengguna yang berhadapan dengan catuan air dengan menyediakan tangki air statik kepada pengguna.
“Kita juga mendapati pengguna lebih bijak menggunakan air dengan berhemah selepas pelan catuan ini dijalankan,” katanya selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Selangor, semalam.
Tambah beliau, pengambilan air per kapita juga menurun dan orang ramai lebih berjimat menggunakan air dalam bulan ini.
Sementara itu, Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong berkata, hujan di Hulu Langat, Semenyih dan Ampang masih tidak mencukupi untuk menaikkan paras air di empangan Selangor.
“Buat masa ini paras Empangan Sungai Selangor hanya berada pada paras 39.7 peratus saja, jadi pelan catuan ini terpaksa diteruskan dan kita akan memantau keadaan hujan setiap minggu,” katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Khalid yakin kerajaan persekutuan tidak akan melanggar perjanjian yang sudah termeterai dalam memorandum persefahaman (MoU) berhubung penstrukturan semula air.
Abdul Khalid berkata, pihaknya sendiri akan bertemu Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau, Datuk Seri Dr Maximus Ongliki hari ini bagi membincangkan semula MoU berkenaan.
“Saya yakin mereka (kerajaan persekutuan) tidak akan melanggar perjanjian (MoU) yang sudah ditandatangani bersama itu dan saya melihat mereka juga komited menyelesaikan isu ini.
“Saya juga akan meminta kerajaan persekutuan melaksanakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA),” katanya.
Sebelum ini, Maximus berkata, beliau enggan menguatkuasakan Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) dalam usaha menyelesaikan proses pengambilalihan syarikat konsesi air melibatkan Syabas, Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Holdings Bhd (Splash).
Menurut Abdul Khalid, setiausaha kerajaan negeri juga sudah menghantar surat kepada ketua setiausaha kementerian terbabit mengenai langkah terperinci dari segi pelaksanaan Seksyen 114 itu.
“Surat tersebut ada menyatakan dengan jelas mengenai peranan kerajaan negeri, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan Pengurusan Aset Air Bhd (PAAB) sekiranya WSIA dikuatkuasakan,” katanya.
Menurut Abdul Khalid lagi, pertemuan beliau dengan Maximus juga bertujuan memastikan pelaksanaan pengambil alihan ini selari dengan pelaksanaan pembinaan Langat 2.
Abdul Khalid berkata, jika WSIA dikuatkuasakan, proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi industri air di negeri ini akan dimulakan dengan segera.
Setakat ini, hanya Abbas yang menerima tawaran itu pada masa ia tamat Isnin lepas manakala Splash menolak tawaran itu secara terang-terangan.
“PNSB dan Syabas pula menyatakan bersedia untuk mempertimbangkan tawaran yang terkandung dalam MoU itu tetapi tertakluk kepada beberapa keadaan,” katanya.
Beliau menambah, 'tiada lagi rundingan' kerana tiga daripada empat syarikat konsesi air di negeri itu telah menerima tawaran pengambilalihan berjumlah RM9.65 bilion.