Saturday, March 29, 2014

PRK Balingian: PKR Akan Menang Selesa!!

Ketika banyak pihak melihat peluang PKR untuk menang buat kali kedua berturut-turut di Balingian ini semakin tertutup rapat, beberapa sumber dalam parti itu pula menerima maklum balas positif dari pengundi Balingian yang sudah bosan dengan kepimpinan BN.

Walaupun rata-rata pengundi Balingian tidak berpendidikan tinggi seperti pengundi Kajang, selain mudah dibeli dengan wang ringgit, kesedaran di kalangan mereka akan perlunya perubahan politik di kawasan itu telah meningkatkan peluang PKR secara tidak langsung.

Selain itu keputusan BN mencalonkan seorang Kristian di kawasan majoriti Melanau Islam, telah menyebabkan sebahagian dari pengundi Islam bimbang status agama mereka akan berubah jika mengundi calon Kristian ini.


Tidak seperti di Semenanjung, di Sarawak Islam adalah agama minoriti dan Kristian adalah agama majoriti.  Sudah tentu kemenangan calon BN, Yussibnosh Balo bukan sahaja bermaksud BN mengekalkan kerusi tapi juga pertambahan seorang lagi Kristian dalam DUN Sarawak.

Bila itu berlaku, kedudukan orang Islam akan terus tertindas di antara negeri paling miskin di Malaysia itu, walaupun Ketua Menteri dan Yang Dipertua Negeri terdiri dari seorang Islam.

Faktor lain yang akan turut menyumbang kepada kemenangan calon PKR di Balingian, Haji Abdul Jalil Bujang, adalah pengundi calon Bebas pada tahun 2011, Datuk Salleh Jaafarudin seramai 1,056 itu akan beralih kepada PKR.

Dicampur dengan pertambahan pengundi seramai 11,792 pada 2011 berbanding 13,366 hari ini, akan meningkatkan lagi peluang PKR untuk menang selesa dalam pilihanraya kali ini. 

Beberapa perkembangan semasa seperti pengusiran keluar pimpinan Pakatan Rakyat dari memasuki Sarawak kelmarin juga telah membuka mata rakyat Sarawak amnya dan pengundi Balingian khasnya mengenai belang BN yang sebenarnya.

Pengusiran itu bermaksud penafian demorkasi telah berlaku dan aku percaya, rakyat Sarawak tidak boleh menerima tindakan pengecut seperti itu.