Semua pihak lega bila PKR berjaya mengekalkan kerusi DUN Kajang menerusi Datin Seri Wan Azizah Ismail, walaupun majoriti yang diterima merosot dengan begitu teruk sekali.
Tapi persoalan majoriti bukan penting, walaupun kalau boleh kita memang berharap untuk menepati strategi awal - menghilangkan deposit calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun.
Yang penting menang dan menang selesa. Satu yang tidak kurang penting untuk semua orang tahu, blog ini berjaya meneka hampir tepat jumlah majoriti undi yang diterima Wan Azizah iaitu sebanyak 5,000 undi, tak jauh berbeza dengan keputusan rasmi, 5,379 undi.
Dalam masa yang sama, BN harus menyalahkan diri sendiri (bukan pengundi cina) atas kekalahan tersebut, terutamanya kegagalan jentera pemuda BN yang diketuai Khairy Jamaludin menjalankan tugas yang sepatutnya.
Menurut unit perisikan pilihanraya Pakatan Rakyat, ketika semua ketua-ketua sayap UMNO berkampung di Kajang, termasuk Presidennya sendiri, Najib Tun Razak, Khairy memilih untuk meninggalkan medan perang dan melawat Balingian di Sarawak.
Sementara jentera pemuda UMNO di Kajang lesu dan longlai, terkontang kanting buat kerja tanpa arah tujuan dan hanya mengekor saja punggung Naib Ketuanya, Azwan Bro yang tidak berpengalaman langsung dalam politik dan menang jawatan itu pun kerana duit.
Khairy dikatakan memang sudah menjangka BN akan kalah di Kajang dan dia tidak mahu kekalahan itu nanti dikaitkan dengan dirinya, maka itulah dia mengambil keputusan berkempen di Balingian.
Apa pun semua penyokong Pakatan Rakyat harus berdoa agar Khairy kekal dalam kepimpinan tertinggi UMNO.
Lebih lama dia disitu, lebih banyak keuntungan untuk Pakatan Rakyat. Kita semua perlu ingat, sejak Khairy mula menjadi Ahli Parlimen pada 2008, parti itu kehilangan begitu banyak sokongan.
Selepas ini, Pakatan Rakyat akan ada petunjuk baru dalam mana-mana pilihanraya kecil, kalau Khairy ada disitu, maksudnya BN akan menang, kalau takda, maksudnya BN akan kalah.