Kehadiran dalam pelancaran Reformasi 2.0 di Kajang malam tadi seharusnya lebih ramai dari berpuluh ribu yang datang, kalau UMNO tidak main kotor dengan mengarahkan polis mengadakan sekatan jalan masuk ke Stadium Kajang.
Untuk makluman semua, pihak polis (atas arahan UMNO) telah mengadakan banyak sekatan jalan di sekitar laluan masuk ke Kajang, terutama dari arah Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.
Alasan yang diberikan ialah kononnya nak memberikan keutamaan laluan keluar masuk peserta Selawat Perdana di Putrajaya malam tadi.
Walhal jumlah kehadiran Selawat Perdana yang turut dihadiri Najib Tun Razak dan isteri itu, tidak pun sampai pun 8 ribu orang setelah ditolak budak-budak dan anak kecil yang dibawa oleh ibu bapa masing-masing ke program yang hanya membazirkan masa itu.
Tapi dah namanya UMNO, laluan keluar masuk 8 ribu orang diberikan yang diberikan keutamaan, berbanding dengan beratus ribu yang nak menghadiri pelancaran Reformasi 2.0.
Tidak lebih 8,000, termasuk kanak-kanak di Putrajaya |
Mana taknya sambutan di Stadium Kajang kurang, rupanya mereka dihalang polis dari masuk ke kawasan stadium.
Jadi semua penyokong Pakatan Rakyat usahlah rasa kecewa kalau kehadiran malam tadi tidak seperti yang dijangkakan. Sambutan memang luar biasa, tapi kerana UMNO guna macam-macam cara, termasuk mengadakan program agama malam tadi, menjadikan pelancaran Reformasi 2.0 itu kurang hebat sedikit.
Kalau UMNO gentleman dengan tidak menyekat laluan keluar masuk peserta ke Stadium Kajang (terutama peserta dari luar), sudah tentu sambutan malam tadi adalah jauh lebih luar biasa berbanding himpunan-himpunan yang pernah dianjurkan sebelum ini.
Dalam masa yang sama, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor juga bimbang Stadium Kajang yang agak uzur kerana tidak diselenggara dengan baik pada waktu kerajaan BN memerintah dulu, tidak mampu nak menampung kapasiti orang yang begitu ramai.
Ada eloknya jugalah polis mengadakan sekatan jalan malam tadi, kalau runtuh stadium itu nanti, satu hal pula nak bersoal jawab dengan rakyat dan pihak berkuasa yang lain.
Sebahagian dari puluhan ribu yang hadir di Kajang malam tadi |