JOHOR BAHRU - Isu bantahan DAP terhadap cadangan Pas membawa usul memohon Parlimen meluluskan undang-undang bagi memberi kebenaran kepada Kelantan laksana hukum hudud menyerlahkan lagi taring sebenar parti itu.
Exco Pemuda Umno, Sheikh Nafiq Alfirdaous meminta Pas tidak mempedulikan bantahan itu dan meneruskan usaha membawa usul itu ke Parlimen.
Beliau juga menyifatkan kenyataan terbuka yang menentang hukum hudud untuk ke sekian kalinya oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh menunjukkan DAP tidak pernah ikhlas dalam mengadakan kerjasama dengan Pas, dalam pakatan pembangkang mereka.
Exco Pemuda Umno, Sheikh Nafiq Alfirdaous meminta Pas tidak mempedulikan bantahan itu dan meneruskan usaha membawa usul itu ke Parlimen.
Beliau juga menyifatkan kenyataan terbuka yang menentang hukum hudud untuk ke sekian kalinya oleh Ahli Parlimen Bukit Gelugur, Karpal Singh menunjukkan DAP tidak pernah ikhlas dalam mengadakan kerjasama dengan Pas, dalam pakatan pembangkang mereka.
Menurut Sheikh Nafiq yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Pulai, DAP terutamanya Karpal sebenarnya tidak pernah terdetik untuk menyokong usaha Pas menegakkan perjuangan Islam dan sering memperdayakan parti itu bagi kepentingan politik mereka.
“Karpal dari dulu lagi bantah keras hukum hudud, begitu juga DAP tetap tidak setuju hasrat Pas itu... jadi nampak sangat DAP bergabung dengan Pas semata-mata mahu mempergunakan kekuatan yang ada demi kepentingan politik.
“Saya berpendapat Pas jangan pedulikan Karpal atau DAP, teruskan hasrat bawa usul itu ke Dewan Rakyat,” katanya.
Sheikh Nafiq yang juga Ketua Pemuda Umno Bahagian Pulai berkata, berbeza dengan Umno yang melihat pucuk pimpinan Pas yang baru mula ikhlas dalam hasrat melaksanakan hukum hudud.
Beliau berkata, ramai pemimpin Umno memberi reaksi positif dan menyokong hasrat Pas Kelantan melaksanakan hudud termasuk Ahli Mahlis Tertinggi sendiri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
“Malahan jalan bagi pelaksanaan hukum hudud di Kelantan dirintis oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang memaklumkan Dewan Rakyat bahawa Kerajaan Pusat sedia bantu Pas jika kerajaan negeri berhasrat melaksanakan hukum itu.
“Ramai pemimpin Umno sudah menyatakan kesediaan untuk menyokong usul itu bila Pas bawanya ke Parlimen kelak...mungkin sebab itulah Karpal dan DAP mula terasa bahang,” katanya.
Menurutnya, pucuk pimpinan Pemuda Umno juga akan sentiasa mendokong apa sahaja keputusan pengurusan tertinggi parti dalam isu hukum hudud dengan syarat persiapan untuk melakukannya sudah ada.
“Kita tidak mahu imej Islam diperkotak-katikkan dan suara Pemuda Umno adalah senada dengan kehendak pucuk pimpinan tertinggi dalam isu hukum hudud ini,” katanya.