Friday, April 25, 2014

Karpal tiada pengganti

unnamed
KUALA LUMPUR: Genap satu minggu pemergian ‘Harimau Jelutong’ Karpal Singh yang juga ahli Parlimen DAP yang terlibat di dalam satu kecelakaan jalanraya berdekatan Gua Tempurung di Perak.

Namun walaupun telah genap seminggu kehilangannya,  beliau masih tetap dirasai oleh semua lapisan masyarakat dari pelbagai etnik dan kepercayaan.
Ribuan rakyat membanjiri dewan utama Perhimpunan Cina Selangor malam tadi untuk memberi penghormatan terakhir kepada peguam yang disifatkan berjiwa rakyat.

Free Malaysia Today berkesempatan menemubual beberapa individu yang hadir untuk memberi salut terakhir kepada mendiang.
Imam Hoslan Hussin berkata,”Saya tidak akan dapat melupakan jasa beliau yang mewakili saya sewaktu kes saya dibicarakan di mahkamah persekutuan. Hujah-hujah beliau cukup bernas dan tepat. Walaupun saya dipenjarakan namun saya tetap berbesar hati kerana Karpal Singh telah melakukan sedaya upaya beliau untuk mempertahankan hak saya”.
Katanya lagi, pemergian beliau amat dirasai olehnya serta ahli keluarganya
Karpal 1
“Tidak mustahil, seluruh rakyat jelata akan mengenang beliau sampai bila bila. Sumbangan beliaukepada politik tanah air juga amat besar. Saya mengucapkan takziah kepada seluruh anggota keluarga,” ujarnya..

Bagi Malkith Singh, negara kehilangan seorang hero rakyat yang tiada galang gantinya.
Katanya, pemergian beliau ditangisi oleh semua golongan masyarakat.
“Selain menjadi ahli parlimen, Karpal Singh banyak membantu golongan miskin dan tertindas tanpa mengharapkan balasan,” katanya.
Beliau menambah  apabila rakyat mendekati beliau untuk mengadu masalah beliau tidak pernah menolak untuk mendengar keluhan mereka.
“Begitulah mulianya Saudara Karpal Singh,” tegas Malkit Singh lagi.
Cheong Xin Chi  memberitahu FMT pada bulan September akan datang  beliau akan melanjutkan pelajarannya ke United Kingdom dalam jurusan undang undang.
Karpal 3
“Sebab utama kenapa saya ingin mengambil jurusan ini adalah minat saya terhadap mendiang Karpal Singh. Beliau adalah inspirasi saya untuk berjuang demi keadilan dan hak asasi manusia,” jelasnya.

Katanya lagi, tentunya kehilangan beliau amat menyedihkan tetapi perjuangan harus diteruskan.
” Impian saya adalah untuk meneruskan perjuangan beliau,” katanya.
Nik Jidan berpendapat Karpal adalah seorang yang begitu lantang d iparlimen.
“Saya yang tidak terlibat secara langsung di dalam kancah politik turut meminati beliau walaupun tidak pernah bersua muka. Kehilangan beliau adalah sesuatu yang mengejutkan,” ujarnya.
Sebagai ahli musik beliau berasa begiru bangga kerana diberi peluang untuk merakakan lagu terakhir untuk mendiang.
“Karpal Singh tiada penggantinya. Tetapi rakyat akan terus berjuang demi keadilan,” tegasnya.
Lena Henry
Lena Hendry berkata kehilangan beliau adalah satu kehilangan besar untuk politik tanah air namun rakyat sudah bersedia untuk meneruskan perjuangan beliau.

Katanya,  bukan sahaja beliau seorang peguam, tetapi beliau juga merupakan seorang insan yang berjiwa besar dan yang paling penting beliau adalah ahli politik yang bermaruah.
“Tidak ramai ahli politik di Malaysia yang berjiwa besar dan ikhlas seperti Karpal Singh. Jasa beliau kepada Majlis Peguam Malaysia dan kepada perundangan tanahair tidak boleh dipertikai. Ramai yang akan mengikut jejak langkah beliau untuk terus berjuang,” ujarnya.