Tuesday, April 15, 2014

MH370: Najib Belum Buat Sepenuhnya


Najib Tun Razak semalam mendakwa kerajaan BN pimpinannya telah melakukan segala yang terbaik dalam usaha pencarian pesawat MH370 yang masih tidak dijumpai sehingga sekarang.

Kalau Najib sudah melakukan segala yang terbaik, pesawat itu tentu sudah dijumpai dan segala perbelanjaan besar yang dikeluarkan negara-negara terlibat untuk mengesan pesawat tersebut, pasti boleh dijimatkan.

Antara yang belum dilakukan Najib sekarang ini ialah membuat pengesanan dasar laut dengan menggunakan kapal selam milik negara dari jenis Scorpene.  


Walaupun kapal selam itu bukan jenis nuklear dan dengan itu tidak boleh bertahan lama di tengah laut tanpa kembali ke pengkalan untuk mengisi minyak, menambah bekalan dan sebagainya, tapi itu bukan alasan kenapa kapal selam yang kononnya canggih itu tidak boleh digunakan dalam misi mencari yang diadakan sekarang.

Soal kapal selam nuklear jenis Tireless dari United Kingdom yang turut gagal mengesan pesawat itu sejak mula digerakkan minggu sudah, itu soal lain. Pesawat yang hilang ini bukan milik UK, tapi milik Malaysia, maka Najiblah yang seharusnya bertanggungjawab.

Minyak dan bekalan lain boleh dihantar ke kapal selam Scorpene menggunakan pendekatan-pendekatan lain, antaranya dengan menggerakkan kapal permukaan yang memang dikhaskan untuk tujuan logistik seperti KD Mahawangsa atau KD Inderapura.

Itu hanyalah salah satu langkah yang belum diambil Najib, dan Pakatan Rakyat mampu melontarkan cadangan ini tanpa mempunyai maklumat terperinci mengenai aset-aset yang dimiliki pasukan tentera negara kita.

Bagaimana Najib kata dia telah melakukan semuanya dalam usaha mencari pesawat tersebut?  Itu tidak benar sama sekali.

Sebab itu Pakatan Rakyat katakan masih banyak yang boleh dilakukan Najib untuk mengesan pesawat tersebut yang kini menghampiri rekod dunia sebagai pencarian pesawat penumpang hilang yang paling lama dalam sejarah

Jika Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bukan Najib yang menjadi Perdana Menteri Malaysia sakrang, pesawat itu sudah pasti dapat dijumpai pada hari yang sama ia dilapurkan hilang iaitu pada 8 Mac yang lalu.

Begitulah kehebatan Anwar yang tidak dimiliki Najib