Thursday, April 10, 2014

Pemuda Umno Terengganu rayu MB campur tangan

johari abu bakar
KUALA TERENGGANU: Ketua Pemuda Umno negeri Terengganu, Johari Abu Bakar  (gambar) merayu kepada kerajaan negeri supaya mengarahkan pelabur Cina yang membuka kilang besi di Kemaman memperuntukkan sekurang-kurangnya lima peratus daripada projek dalam kilang itu kepada kontraktor Terengganu.

“Saya yakin Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang berjiwa rakyat dapat memperjuangkan nasib kontraktor Bumiputera di negeri ini, “ kata beliau kepada FMT.

Beliau mengulas pembinaan kilang besi di Kemaman yang bernilai RM2.5 bilion yang sedang dibina oleh sebuah syarikat dari negara China.
Sehubungan dengan itu, beliau berterima kasih kepada Menteri Besar yang telah membawa pelabur dari Cina ke negeri ini.
Dalam pada itu, beliau menyeru kerajaan negeri menubuhkan satu konsortium di kalangan kontraktor tempatan untuk merebut peluang dalam kilang ini sekurang-kurangnya lima peratus sahaja (RM125 juta).
Beliau berharap kontraktor muda turut mengambil bahagian dalam projek ini supaya gabungan kontraktor berpengalaman dan muda dapat digembelingkan.
Katanya, beliau yakin dengan campur tangan daripada Menteri Besar kontraktor Terengganu dapat merasa juga peluang kontrak di kilang besi itu.
Beliau menyokong penuh usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan ekonomi negeri Terengganu.
Beliau berharap kontraktor yang dapat peluang ini dapat membuat kerja dengan baik supaya pelabur asing dapat meyakini kemampuan kontraktor tempatan.