SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor tetap meneruskan usaha pengambilalihan industri air negeri itu melalui Seksyen 114, Akta Perkhidmatan Industri Air Selangor (WSIA 2006).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan meneruskan perbincangan berkaitan modus operandi pelaksanaan akta tersebut.
"Selangor komited untuk terus bersama Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk meneruskan usaha pengambilalihan industri air Selangor melalui Seksyen 114.

"Kerajaan negeri akan meneruskan perbincangan berkaitan modus operandi yang perlu dilakukan bagi pelaksanaan pengambilalihan menurut Seksyen 114 itu," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Sementara itu, beliau berkata pihaknya bakal mempertimbangkan rayuan yang dikemukakan dua syarikat konsesi air, Puncak Niaga dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) agar Selangor melihat semula tawaran pengambilalihan yang telah tamat sebulan lalu.
"Kerajaan negeri bersedia melihat semula rayuan kedua-duanya untuk bersama dalam penstrukturan semula industri air sebelum Seksyen 114 dilaksanakan Pusat.
"Namun, kos pengambilalihan yang dicadangkan kedua-duanya hendaklah tidak melebihi tawaran asal, RM9.65 bilion," katanya.
Jelasnya, perkara itu penting ekoran kenaikan kos bakal memberi impak negatif kepada tarif air yang akan membebankan rakyat.