Thursday, April 24, 2014

UM beku program sempena kehadiran Obama


KUALA LUMPUR: Pentadbiran Universiti Malaya mengeluarkan arahan agar semua program dalam kampus dibekukan pada tarikh 26 hingga 27 April sempena kehadiran Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama ke kampus itu pada Ahad ini.

Arahan itu dikeluarkan melalui satu surat kepada kesemua jabatan yang menyebut ianya atas tujuan keselamatan dan nasihat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM).

"Pihak kedutaan amerika Syarikat telah memlih Universiti Malaya  untuk menganjurkan 'US Embasy Town Hall' pada 27 April 2014 di Dewan Tunku Chanselor, Universiti Malaya.

"Bagi tujuan kawalan keselamatan, pihak polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan supaya tiada sebarang aktiviti atau program dijalankan di dalam kampus pada tarikh tersebut," kenyataan surat itu dipetik.

Obama dijadual tiba di Malaysia pada petang 26 April (Sabtu) ini dengan menaiki pesawat Air Force One dan akan mendarat di pangkalan TUDM di Subang.

Kehadiran Omaba ke Malaysia ini adalah sempena siri jelajah beliau ke Aisa yang yang tertangguh pada Oktober lepas berikutan krisis bajet yang menyebabkan penutupan separuh Kerajaan AS.

Ketibaan Presiden AS ke-44 akan disambut dalam satu majlis rasmi di Dataran Parlimen diikuti upacara menghadap Yang di- Pertuan Agong dan jamuan negara di Istana Negara.

Pada Ahad, Obama dijadual melawat Kedutaan Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak dan kemudian lawatan kebudayaan ke Masjid Negara.

Selepas itu, beliau bakal mengadakan pertemuan rasmi bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Putrajaya, menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) yang disaksikan oleh kedua-dua pemimpin, dan pelancaran Pusat Inovasi dan Kreatif Global Malaysia (MaGIC) di Cyberjaya yang bertujuan untuk mengubah Malaysia menjadi sebuah negara keusahawanan dinamik.

Acara kemuncak akan diadakan di Universiti Malaya bersama pemimpin-pemimpin muda terpilih dari 10 negara Asean.

Pada pagi Isnin, Obama akan menyaksikan majlis menandatangani beberapa perjanjian korporat sebelum berlepas ke Manila.