Thursday, May 1, 2014

Ahli Parlimen Teluk Intan Meninggal Dunia?


Dilaporkan, Ahli Parlimen Teluk Intan, Seah Long Peng dari parti DAP telah meninggal dunia akibat penyakit kanser di Universiti Malaya pagi tadi.

Takziah diucapkan kepada keluarga mendiang dan Pakatan Rakyat akan segera menggerakkan jentera untuk menghadapi pilihanraya kecil di kawasan tersebut dengan segera walaupun kini kita sibuk bersiap sedia untuk menghadapi himpunan Turun 501.

Menurut maklumat, bekas ahli parlimen kawasan berkenaan, M Manoharan berkemungkinan dicalonkan semula di kawasan tersebut.