Thursday, May 29, 2014

Anwar Dipanggil Bantu Selesai Kemelut Pengganti Sultan Perak?

Sumber pejabat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyatakan bahawa beberapa pihak dari Istana Perak meminta nasihat Anwar untuk menyelesaikan kemelut pengganti Sultan Perak selepas kemangkatan Sultan Azlan Shah semalam.

Menurut sumber tersebut, peranan dan kewibawaan Anwar ditagih berikutan pengetahuan beliau yang mendalam akan susur galur pemerintahan beraja di negara ini berikutan peranan besar yang dimainkan beliau dalam menyelesaikan banyak masalah berkaitan institusi beraja satu ketika dulu.

Ikut ceritanya, selain mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohammad, Anwar dikatakan salah seorang arkitek yang membawa kepada pindaan perlembagaan untuk menghapuskan imuniti beraja pada tahun 1994.

Peranan Anwar ditagih kini berikutan polemik yang timbul antara Raja Dihilir, Raja Muda Perak danm satu pihak lain yang dakwanya bertelagah berhubung siapa sebenarnya yang layak untuk menggantikan tempat almarhum Sultan Azlan.

Ini berikutan sejarahnya yang menunjukkan bahawa Almarhum Sultan Azlan asalnya bukanlah orang yang sepatutnya dilantik menjadi Sultan Perak pada 1983 selepas kemangkatan Almarhum Sultan Idris Shah (pakciknya), tetapi orang lain yang dikenali sebagai Raja Baharum Shah.  

Oleh kerana Raja Baharum enggan menerima jawatan sebagai Raja Muda, maka Almarhum Sultan Idris pada waktu itu telah melantik almarhum Sultan Azlan sebagai Raja Muda sebelum baginda mangkat beberapa bulan selepas itu dan Almarhum Sultan Azlan mengambil alih tahta.

Kini, waris kepada Raja Baharum dikatakan mahu menuntut hak sebagai Sultan Perak selepas kemangkatan Sultan Azlan dan kejadian inilah yang telah menimbul polemik berhubung siapa sebenarnya yang lebih layak untuk menggantikan Almarhum.

Memandangkan isu ini besar, maka peranan Anwar ditagih untuk menyelesaikan masalah ini, yang memerlukan penyelesaian sekurang-kurangnya sebelum istiadat pemakaman Almarhum Sultan Azlan diadakan petang ini.

Anwar dikatakan masih belum membuat keputusan sama ada menerima tawaran untuk membantu atau tidak kerana beliau masih sibuk berkempen untuk memastikan kemenangan calon DAP, Dyana Sofya pada Sabtu nanti.