Friday, May 16, 2014

Hari Guru: Kalau Mahu Dihargai, Guru Perlu Berhenti Jadi Anjing BN


Hari ini, 16 Mei setiap tahun,  dunia menyambut hari guru kononnya untuk meraikan profession perguruan, dengan negara ini juga tidak terkecuali.  Asalnya, sambutan ini diadakan untuk menghargai guru kerana dulu guru bertugas tidak sepadan dengan gaji yang mereka perolehi.

Patutlah diadakan satu hari bagi menghargai profession tersebut.  Tapi hari ini, majoriti guru hidup mewah, malah ada masa yang cukup banyak untuk mengajar tuisyen di waktu luar bekerja.  Belum lagi disebutkan budak sekolah cuti, mereka pun ikut sekali cuti

Di Malaysia, Pakatan Rakyat melihat taraf guru-guru dinegara kita sangat berbeza dengan negara-negara lain.  Semua orang tahu, guru di Malaysia ini dari segi professionalismnya masih jauh ketinggalan berbanding dengan guru-guru di negara maju.


Ada pendapat mengatakan guru di Mongolia pun lebih maju berbanding guru-guru Malaysia.

Selain teknik pengajaran yang sudah lapuk dan ketinggalan zaman, guru di Malaysia juga tidak mempunyai skill dalam berhadapan dengan karenah pelajar yang pelbagai.

Kebanyakkan mereka mendidik pelajar seperti adik-adik sendiri sehingga ada yang dikesan memukul pelajar sampai cedera - maklumlah, macam adik-adiklah katakan.  Sebab itu di Mahkamah hari ini berlambak kes saman ibu bapa ke atas guru kerana kes mencederakan anak.

Tak sebut lagi kes cabul, kes rogol dan sebagainya yang menjadi hiasan akhbar hampir setiap hari.

Memburukkan lagi keadaan, guru di Malaysia juga lebih sibuk berpolitik di sekolah dan menjadi antara medan UMNO untuk mendapatkan calon-calon pilihanraya, disamping menyebarkan dakyah parti tersebut di kalangan murid-murid.

Ramai pemimpin UMNO seperti Isa Samad dan beberapa orang lain, pernah menjadi guru sekolah. Malah ADUN Ajil yang keluar UMNO bersama Mat Said kelmarin (sebelum masuk semula) Ghazali Taib juga adalah seorang bekas guru.

Hanya Pakatan Rakyat sahaja yang mampu membetulkan keadaan ini.  Guru, dengan kekuatan hampir setengah juta orang, sepatutnya mampu membuat perubahan dengan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat kalau mahu lihat nasib mereka berubah menjadi lebih baik.