Thursday, May 1, 2014

Himpunan 501: Orang ramai mula banjiri ibu negara



KUALA LUMPUR: Dua jam menjelang Himpunan 501 Bantah GST yang akan berlangsung di ibu negara hari ini, orang ramai sudah mula sampai di tempat-tempat perkumpulan yang ditetapkan penganjur.

Di hadapan kompleks membeli-belah Sogo, oarang ramai mula tiba di sini sejak jam 10 pagi tadi.

Ada di kalangan mereka memakai baju mereah iaitu warna tema himpunan manakala ramai juga yang hanya memakai pakaian biasa.


Turut kelihatan pimpinan PAS termasuk Ahli Parlimen Tumpat Datuk Kamarudin Jaffar dan Ahli Parlimen Kuala Kerai Dr Mohd Hatta Ramli yang tiba di kawasan Sogo sekitar jam 11 pagi tadi.

Beberapa tempat ditetapkan penganjur sebagai tempat perkumpulan awal sebelum bergerak menuju ke Jalan Raja, Dataran Merdeka.

Antaranya termasuklah, Masjid Negara, Dataran Maybank, KLCC dan Sogo.

Perhimpunan hari ini turut mendapat kerjasama pihak polis dan penganjur dibenarkan berhimpun di Jalan Raja berhadapan Dataran Merdeka.

Polis bagaimanapun menegaskan peserta himpunan tidak boleh memasuki padang Dataran Merdeka kerana ia sedang dalam proses menaik taraf.

Berikut antara gambar-gambar awal yang dikongsi peserta himpunan yang telah tiba di kawasan himpunan.