Majlis Presiden Pakatan Rakyat sedang menimbang untuk memberi arahan kepada semua ahli parlimen beragama Islamnya supaya mengisytiharkan diri mereka sebagai murtad agar mudah bagi mereka menolak perlaksanaan hudud Kelantan apabila undian Parlimen dijalankan nanti.
Pertimbangan ini diambil setelah Pakatan Rakyat difahamkan bahawa hudud ini adalah sebahagian daripada perundangan Islam dan maka itu menolak perlaksanaannya adalah menjadi satu kesalahan besar kepada pengikut agama berkenaan.
Jika dibuktikan dengan kesalahan, boleh membawa kepada jatuh murtad (keluar dari Islam).
Selain itu, pertimbangan ini juga dilihat wajar setelah Pakatan Rakyat melihat UMNO turut menjadikan alasan yang sama kenapa parti majoriti Melayu itu tidak boleh menolak hudud. Untuk pengetahuan, hampir 100% ahli Parlimen UMNO adalah beragama Islam.
Oleh yang demikian, untuk mengelakkan ahli Parlimen Pakatan Rakyat berada di dalam keadaan dilema antara mengkhianati kepercayaan sendiri, atau akur kepada pendirian Pakatan Rakyat untuk menolak hudud, maka keluar dari Islam adalah jalan terbaik.
Arahan ini (kalau dipersetujui nanti) akan turut terbuka kepada kesemua ahli Parlimen PAS walaupun Pakatan Rakyat tidak menjangka akan ada diantara mereka yang akan mengikut arahan berkenaan (melihat kepada situasi semasa).
Langkah ini mungkin dilihat agak drastik, tapi hakikatnya, sebagai seorang bukan Islam, tidaklah menjadi satu kesalahan untuk mereka menolak perlaksanaan hudud dan dengan itu boleh terlepas dari sebarang dosa besar kerana menolak hudud sebagai umat Islam.
Habis saja sesi pengundian, ahli-ahli parlimen berkenaan bebas untuk memilih kembali kepada Islam atau kekal dalam keadaan murtad selama yang difikirkan perlu.
Idea ini Pakatan Rakyat perolehi setelah meneliti beberapa kes berkaitan ajaran sesat di Mahkamah Syariah dimana defendan dalam beberapa kes, mencabar kuasa jabatan agama mengambil tindakan ke atas mereka bila mereka dianggap bukan lagi beragama Islam.
Sememangnya, bidang kuasa pihak berkuasa agama di negara ini hanya terhad kepada orang Islam sahaja, bukan Islam tidak termasuk. Begitu juga dengan perundangan Islam seperti hudud, tidak menjadi kesalahan untuk bukan Islam menolak.
Kita berharap cadangan ini dapat dilaksanakan dengan segera supaya tidak timbul dilema di kalangan ahli parlimen Pakatan Rakyat beragama Islam sekarang untuk menerima atau menolak undang-undang hudud semasa proses pengundian nanti.
Sebagai bukan Islam, ahli parlimen berkenaan juga bebas untuk mengkritik bukan sahaja hudud, malah agama Islam itu sendiri tanpa sebarang rasa bersalah.