Saturday, May 10, 2014

Hudud: Pendirian Nik Aziz Macam Biskut!!


Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini dilihat seperti cuba menyemarakkan perpecahan di kalangan komponen Pakatan Rakyat. apabila mengeluarkan kenyataan dalam Sinar Harian, mahu lihat hudud dilaksanakan di Kelantan.

Anehnya, kenyataan ini keluar dari mulut orang yang bertanggungjawab meluluskan enakmen hudud Kelantan 1993 tapi tidak melaksanakannya lebih 20 tahun kerana alasan perlembagaan persekutuan tidak membenarkan hudud dari dilaksanakan.

Tapi hari ini Nik Aziz bercakap seolah-olah alasan dulu (perlembagaan tidak benar) tidak lagi valid sekarang.  Benarkah begitu kerana Artikel 76 Perlembagaan Persekutuan yang dirujuk PAS Kelantan hari ini untuk melaksanakan hudud di negeri tersebut, tidak pernah dipinda selama ini!! 


Pelik kenapa dulu Nik Aziz tidak menggunakan peruntukkan Artikel 76 tersebut untuk melaksanakan hudud tetapi bertegas kerajaan persekutuan tidak membenarkan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut kerana kononnya berlawanan dengan perlembagaan.

Bila sudah tidak lagi berkuasa, Nik Aziz baru nak sibuk seolah-olah hudud ini boleh dilaksanakan dengan mudah sekali di Kelantan.

Adakah ini bermaksud Nik Aziz berbohong, atau dia sudah nyanyuk?  Terserah kepada masing-masing untuk membuat penilaian sendiri.

Seperkara lain, jika sesiapa rajin mengkaji, pasti dapat tahu dengan mudah, entah berapa banyak pendirian Nik Aziz mengenai hudud ini yang sebenarnya.  Lima tahun kebelakangan ini, Nik Aziz ada banyak pendirian berbeza, kejap nak, kejap taknak, macam-macam.

Bukti ada banyak, rajin-rajinlah Google artikel dalam julat yang disebutkan di atas, pasti jumpa pelbagai kenyataan berbeza mengenai hudud oleh Nik Aziz.  Salah satunya seperti petikan akhbar di atas.

Seharusnya Nik Aziz tutup mulut dan tidak memburukkan keadaan dengan mengeluarkan kenyataan yang bercanggah dengan kenyataannya sendiri beberapa tahun sebelum ini.

Apatah lagi dia masih memegang jawatan sebagai Mursyidul Am PAS dan dengan itu apa juga yang keluar dari mulutnya masih mempunyai impak kepada politik hari ini walaupun tidak lagi menjadi Menteri Besar Kelantan.