Tuesday, May 20, 2014

Ibu pesan solat sebelum kempen

  • Ibu pesan solat sebelum kempenDyana Sofya bersama-sama ayahnya Mohd Daud Ismail dan ibunya, Yammy Samat, selepas diumumkan sebagai calon PRK, semalam.
 1 / 1 
TELUK INTAN - "Solat dahulu sebelum kempen," itu antara peringatan diberikan Yammy Samat, 59, kepada anaknya, Dyana Sofya Mohd Daud, 27.

Yammy berkata, beliau juga mahu calon DAP pada PRK Parlimen Teluk Intan itu kuat dalam menghadapi pilihan raya tersebut.

“Pesan saya kepada Dyana, dia mesti kuat dan jangan lupa solat. Sebelum nak pergi kempen atau ceramah, solat dahulu,” katanya kepada pemberita semalam.


Wanita itu turut menegaskan, beliau tidak akan naik ke pentas ceramah sebaliknya hanya menyokong Dyana daripada belakang.

Katanya, setakat ini hubungannya dengan rakan-rakan Umno seperti biasa dan beliau tetap diterima sebagai rakan.

“Tidak nampak mereka (rakan-rakan dalam Umno) menjauhkan diri. Mereka layan saya macam biasa," katanya.