Monday, May 5, 2014

Khalid nafi sokong GST, kenyataan dimanipulasi



KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa kenyataan beliau berhubung pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) telah disalah tafsir oleh media.


Membuat penjelasan melalui akaun facebook, beliau berkata GST tidak sesuai buat masa ini selagi jurang pendapatan penduduk tidak ditangani terlebih dahulu.


“Kenyataan saya mengenai GST disalahtafsir oleh akhbar. Saya dengan jelas berkata pelaksanaan GST hanya boleh dilakukan jika gini-pekali (ukuran statistik ketidakseimbangan pendapatan dalam negara) adalah kurang daripada 4.5.

"Pelaksanaan GST perlu ditangguhkan sehingga kerajaan persekutuan menangani isu jurang pendapatan itu,” katanya.
Utusan Online semalam menyebut, Khalid menyokong pelaksanaan GST dengan alasan, mekanisme itu adalah langkah mengutip cukai secara menyeluruh.
Laporan itu mendakwa Khalid berkata demikian semasa ucapannya dalam satu majlis di Ijok, Kuala Selangor. - HARAKAHDAILY 5/5/2014