KUALA LUMPUR - Gerakan akan bermesyuarat dua minggu lagi untuk membincangkan pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan, sama ada akan bertanding bagi kerusi itu dan calonnya, kata Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong.
"Bagi parti Gerakan, kami belum membuat keputusan tentang perkara itu memandangkan penyandang kerusi, Seah Leong Peng (daripada DAP) baru meninggal dunia semalam," katanya kepada Bernama ketika dihubungi.
Seah, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya kira-kira 7.30 pagi semalam.
Berikutan itu, pilihan raya kecil keenam bakal diadakan sejak pilihan raya umum berlangsung pada 5 Mei 2013.
Dalam pilihan raya umum itu, Seah mengalahkan Mah dengan majoriti 7,313 undi. - Bernama