Wednesday, May 14, 2014

Najib patut belajar dari sejarah Kelantan

Ibrahim Ali Perkasa
PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sepatutnya belajar dari sejarah Kelantan pada tahun 2003 apabila Datuk Ibrahim Ali dipecat dari jawatan Ketua Penaja Umno Bahagian Pasir Mas.

Menurut Presiden Perkasa itu, ketika itu Najib adalah Timbalan Presiden Umno dan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Umno.
“Saya dahulu dipecat dari jawatan ketua penaja Pasir Mas oleh Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, saya tanding calon Bebas pada tahun 2004 menyebabkan Umno kalah dua kerusi kepada PAS Kelantan,” katanya mengulas peletakan jawatan bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dari Umno.

Katanya, Najib sepatutnya belajar dari sejarah pemecatan beliau itu apatah lagi BN Terengganu lebih dua kerusi dari PAS.
“Sepatutnya Najib kena berhati-hati dan berhemah dan tidak gopoh menyelesaikan masalah ini walaupun Ahmad Said berjanji dengan beliau untuk menjadi menteri besar untuk setahun sahaja,” katanya dalam satu kenyataan kepada FMT.
Katanya lagi, apatah lagi ia melibatkan Ahmad Said yang sudah jadi menteri besar.
“Inilah akibatnya bila lupa sejarah dan tidak belajar dari kesilapan lalu,” tegasnya.
Ibrahim menambah Ahmad Said meminta peletakan jawatannya ditangguh sehingga selesai majlis perkahwinan anaknya.
“Tapi Najib tidak setuju. Sepatutnya Najib patut timbang rayuan Ahmad Said dan buat keputusan yang menggembirakan semua pihak,” katanya.
Katanya lagi, sekarang nasi sudah jadi bubur dan keputusan Ahmad Said itu sudah tentu memecahbelahkan perpaduan ahli Umno Terengganu.