Thursday, May 8, 2014

Anwar -Selesaikan Hudud Atau Hilang B. Gelugor & T. Intan


PKR hari ini menggesa DAP dan PAS agar menyelesaikan semua pertikaian berkaitan dengan hukum hudud yang bakal dilaksanakan di Kelantan atau berhadapan dengan kebarangkalian kalah dalam pilihanraya kecil Bukit Gelugor dan Teluk Intan.

Gesaan ini disuarakan Datuk Seri Anwar Ibrahim kelmarin, melihat kepada perkembangan semasa yang menyaksikan kedua-dua parti berkenaan masih tidak dapat mencari jalan penyelesaian kepada isu lama yang sepatutnya sudah selesai tapi dihidupkan kembali oleh PAS Kelantan.

Anwar dikatakan enggan masuk campur dalam isu berkenaan kerana perjanjian penubuhan Pakatan rakyat dulu menyatakan setiap parti komponen adalah kekal dengan idealogi masing-masing tapi hanya bersatu untuk membentuk kerajaan di peringkat negeri atau persekutuan sahaja.


Tidak lebih dari itu.

Lagipun masalahnya sekarang lebih kepada PAS, bukan DAP. Hari ini parti itu berpecah kepada beberapa kelompok.  Ada sekumpulan pemimpin yang mahu membawa PAS ke arah dimensi perjuangan yang baru, tapi lebih besar lagi kelompok yang mahu PAS kekal seperti sedia ada.

Sukar bagi Anwar untuk masuk campur dalam perpecahan yang berlaku dalam PAS hari ini kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan, bukan menyelesaikan.

Disamping itu, kegagalan menyelesaikan masalah dalaman PAS ini akan hanya menjejaskan reputasi Anwar sebagai pemimpin paling hebat di Malaysia. Dalam PKR sendiri ada banyak masalah seperti dilihat pada proses pemilihan PKR yang sedang berlangsung sekarang.

Hakikatnya, semua ini tidak perlu berlaku kalau PAS berpegang kepada janji menggugurkan hudud dari perjuangan parti tersebut seperti yang dimeterai sebelum PRU13 yang lepas.

PAS perlu ingat bahawa orang cina tidak akan teragak-agak menolak DAP dalam pilihanraya kecil Bukit Gelugor dan Teluk Intan yang akan datang kalau PAS berkeras untuk melaksanakan hudud di Kelantan, seperti yang pernah berlaku dalam pilihanraya 1999 dan 2004.

Jika PAS mengutamakan DAP seperti yang mereka selalu kata, seharusnya cadangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan ini, dibatalkan dengan serta merta.