Sunday, June 8, 2014

ADUN Luyang Masuk MCA - 11 Lagi Akan Mengikut Jejak Langkah Sama?

Keputusan ADUN Luyang, Dr. Hiew King Chew menyertai MCA Sabah kelmarin, dilihat ramai sebagai satu pengkhianatan yang besar kepada rakyat di kawasan itu yang telah memilih DAP sebagai parti yang mewakili mereka dalam PRU13.

DAP tidak sepatutnya menunggu lama untuk menyaman Dr. Hiew kerana tindakannya menyertai MCA - tidak sampai setahun selepas mengumumkan keluar parti dan menjadi ADUN Bebas pada September 2013.

Cukuplah masa yang telah diberikan kepada Dr. Hiew dan kini DAP perlu bertindak.


Jika tidak ada tindakan tegas diambil, Pakatan Rakyat mengandai akan berlaku lagi tindakan seperti ini di masa depan.  

Dalam pada masa artikel ini ditulis pun, Pakatan Rakyat telah mengenalpasti sekurang-kurangnya 4 ahli parlimen dan 7 ADUN Pakatan Rakyat yang sedang mengintai peluang untuk keluar parti.

Rundingan yang mereka jalankan dengan UMNO/BN sudah dalam pengetahuan kita, tapi kerana tidak ada bukti yang cukup kukuh, maka tindakan tidak boleh diambil lagi.

Menariknya, separuh dari ahli parlimen dan ADUN yang sedang berbincang untuk melompat keluar dari parti masing-masing ini adalah dari DAP.  Separuh lagi dari PKR dan PAS, tapi lebih banyak wakil rakyat dari PKRlah berbanding PAS.

Umum tahu wakil rakyat PAS yang  menang memang sukar nak melompat parti kerana mereka telah bersumpah akan masuk neraka jika berbuat demikian.