Saturday, June 28, 2014

Bawa hal parti ke mahkamah langgar perlembagaan

  • Johari AbdulJohari Abdul
 1 / 1 
SHAH ALAM -  Angkatan Muda PKR Selangor,mengecam tindakan ahli jawatankuasa PKR Cabang Ampang, Nasharudin Md Isa yang dilapor telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini bertujuan untuk membatalkan keputusan Pemilihan PKR Cabang Ampang dengan menamakan tiga defendan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul, JPP, dan Zuraida Kamaruddin.

Ketua Penerangannya, Najwan Halimi berkata, tindakan Nasharudin ini jelas bertentangan dengan Fasal 44.1 Perlembagaan PKR yang menyatakan seperti berikut:

"Tiada seorang anggota yang boleh membawa apa-apa perkara parti ke mahkamah. Sekiranya berbuat demikian, maka keanggotaannya tergugur secara automatik,” katanya yang memetik sumber Perlembagaan parti.


Justeru, Angkatan Muda PKR Selangor berpandangan bahawa selaras dengan peruntukan di bawah Fasal 44.1 Perlembagaan PKR , maka keanggotaan Nasharudin telah gugur secara otomatik dan beliau kini bukan lagi anggota PKR.

“Oleh itu, itu Angkatan Muda PKR Selangor memohon Jawatankuasa Disiplin PKR untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung perkara ini bagi mengenalpasti anggota parti yang turut menjadi dalang di sebalik tindakan yang diambil oleh Nasharudin seterusnya mengambil tindakan sewajarnya terhadap mereka yang terlibat,” katanya.