Friday, June 13, 2014

Hormat Melayu Murtad, Kenyataan Koo Ham Selari Polisi PR


Tidak ada apa salah dengan kenyataan ahli Parlimen Beruas dari DAP, Datuk Ngeh Koo Ham kelmarin yang mahu orang Islam menghormati hak orang Islam yang lain untuk murtad, sehingga beliau perlu mengulangi kenyataan itu di luar parlimen.

Hak untuk murtad memang menjadi polisi Pakatan Rakyat dan akan dilaksanakan di negara ini apabila kita mengambil alih tampuk pemerintahan di Putrajaya selepas PRU14 nanti.

Malah sebahagian daripada polisi tersebut sudah pun dilaksanakan di Penang dan Selangor sementara kerajaan Kelantan secara prinsipnya telah bersetuju dengan polisi tersebut cuma menanti semua polemik politik mengenai perlaksanaan hudud di negeri itu dengan UMNO, diselesaikan terlebih dahulu.

Orang-orang yang membantah kenyataan Koo Ham sejak beberapa hari ini seperti bekas Exco Selangor, Dr. Hassan Ali dan beberapa NGO Islam lain yang sebenarnya tidak faham perlembagaan dan tidak keterlaluan dikatakan - buta undang-undang.

Mereka fikir negara ini sama seperti Arab Saudi, Brunei atau negara-negara mundur lain di dunia dimana murtad tidak dibenarkan kerana sesiapa yang melakukan perbuatan itu akan dikenakan hukuman mati.

Di Malaysia ini tidak begitu.

Memang perlembagaan menghalang agama selain Islam disebarkan di kalangan orang Islam, tapi bagaimana kalau seruan untuk murtad itu bukan datang dari kegiatan dakwah agama lain tapi kerana kesedaran sendiri?

Jadi, dimana kesalahannya?

Maka itu gesaan Koo Ham itu bukan setakat wajar dan tidak berlawanan dengan undang-undang, malah bertepatan dengan polisi Pakatan Rakyat berhubung perkara yang sama.