Wednesday, June 4, 2014

Jangan guris hati petugas PAS PRK Teluk Intan

KUALA LUMPUR: Ahli-ahli PAS telah bertungkus lumus untuk memenangkan calon DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad. 

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Selangor berkata, ada dalam kalangan mereka yang telah mengambil cuti dan berkampung di Teluk Intan di samping ada yang menyumbang wang ringgit. 

"Oleh itu jangan ada yang cuba memperlekehkan sumbangan mereka atau mengguriskan hati mereka dengan kenyataan-kenyataan yang tidak sepatutnya. 

"Mereka juga manusia yang juga ada perasaan. Kesabaran mereka ada hadnya," tulisnya menerusi facebook.

Pada PRK Teluk Intan yang berlanghsung 31 Mei lepas, calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud mendapat 19,919 undi manakala calon BN, Datuk Mah Siew Keong mendapat 20,157 undi. - HARAKAHDAILY 4/6/2014