Tuesday, June 10, 2014

MH370: RM 27 Juta Untuk Bagi Askar 'Mencekik'


Perbelanjaan mencecah RM 27.6 juta yang diperuntukkan kerajaan BN untuk membiayai kos fasa pertama pencarian pesawat MH370 yang hilang tanpa dapat dikesan sejak lebih 3 bulan lalu, menunjukkan ketakcekapan BN menguruskan wang rakyat.

Baru fasa pertama, RM 27.6 juta hangus.  Keseluruhannya, operasi mencari MH370 ada 3 fasa, di udara, di permukaan dan dibawah laut - berapa banyak juta lagi nak hangus?

Jika boleh dimasukkan dalam sejarah, wang RM 27.6 juta ini mungkin adalah jumlah terbesar pernah dikeluarkan oleh mana-mana kerajaan untuk membiayai kos operasi mencari dan menyelamat pesawat hilang.

Paling menyedihkan, sebahagian besar wang itu digunakan untuk memberi makan dan minum kepada entah beberapa kerat anggota tentera yang ditugaskan untuk mencari pesawat itu.

Wajarkah? Makan apa sampai berjuta-juta?  Lembu, kerbau, gajah?

Kalau Pakatan Rakyat yang menjadi kerajaan, kita boleh mengesan pesawat itu sepantas kilat dengan kos paling tinggi pun hanya mencecah RM 100K sahaja, tidak lebih dari itu.

Penjimatan ini dapat dilakukan hasil kecekapan mengurus sumber yang dmiliki Pakatan Rakyat, berbanding dengan BN yang gemar membazirkan wang untuk perkara tidak berfaedah seperti memberi makan berlebihan kepada askar yang ditugaskan mencari.

Cara nak menjimatkan kos itu mudah saja.

Pertama, anggota tentera yang ditugaskan untuk mencari pesawat hilang ni apa nak diberi makan banyak-banyak sangat?  Selama hari ini pun, mereka duduk goyang kaki dengan mendapat gaji kerana negara kita bukan dalam keadaan berperang.

Justeru, untuk tugas mencari MH370 ini, tak sepatutnya mereka diberikan bekalan makanan yang begitu banyak.  Anggota tentera laut umpamanya, boleh menangkap ikan untuk makan, sementara tentera udara, boleh menangkap burung dan sebagainya.

Percuma dan tidak ada kos sama sekali.

Lagipun memang sudah diketahui ramai, tentera sudah dilatih dengan ikhtiar hidup.  Maksud disitu, menggunakan apa sahaja yang terlintas di depan mata sebagai makanan waktu perang.  Monyet, babi, kera dan sebagainya tidak terkecuali.


Kenapa tidak diaplikasikan ikhtiar hidup ini dalam Operasi mencari MH370 untuk menjimatkan kos?

Pakatan Rakyat ada jawapannya, sebab tentera kita ni umumnya memang pemalas, sebab itulah rakyat pula yang terpaksa dibebankan dengan wang sebanyak RM 27.6 juta semata-mata untuk mengisi tembolok mereka dalam operasi itu, sedangkan pesawat MH370 tu sampai ke sudah tak jumpa pun.