Thursday, June 5, 2014

PKR pecat, gantung ahli lagi

  • pemilihan PKR
 1 / 1 
SHAH ALAM – Lembaga Disiplin PKR hari ini telah mengambil tindakan ke atas beberapa ahli parti yang didakwa mempunyai masalah tatatertib dan perlanggaran disiplin dalam parti tersebut.

Pengerusi Lembaga Disiplinnya, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, keputusan yang dibuat adalah hasil daripada cadangan dari Biropolitik dan majoriti undi oleh anggota Biropolitik yang lain.

Menurutnya, pihak Lembaga memutuskan untuk memecat seorang dari parti, tiga orang ahli digantung keahlian manakala dua lagi diberikan amaran keras.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan bahawa pihak Lembaga telah bersetuju untuk mengenakan tindakan disiplin ke atas individu yang didakwa.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh beliau sendiri turut dihadiri oleh beberapa ahli Biropolitik PKR bagi membincangkan permasalahan dalaman yang dihadapi parti.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui Biropolitik:

1) AZRAI ABDULLAH (Cabang Hulu Langat)

Beliau telah menyalahguna kedudukan sebagai Ketua Pengawas Pemilihan sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26 April 2014.

AZRAI ABDULLAH dengan ini dipecat dari PKR.

2) JOL JOLHI BEE (Cabang Batang Sadong)

Beliau telah memenangi jawatan Ketua Cabang Batang Sadong tanpa bertanding dan didakwa terlibat menanda kertas-kertas undi lain sewaktu proses pengundian di Cabang Batang Sadong pada 26hb April 2014.

JOL JOLHI BEE akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

3) V. SHANMUGANATHAN (Cabang Selayang)

Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 31 Mei 2014. Beliau didapati terlibat merempuh masuk ke dalam dewan dan mengganggu proses pengundian di Cabang Selayang pada 11 Mei 2014.

SHANMUGANATHAN dengan ini digantung keanggotaan parti selama setahun.

4) N. PATMANATHAN (Cabang Selayang)

Sesi pendengaran ke atas beliau telah diadakan pada 31 Mei 2014. Beliau didapati terlibat merempuh masuk ke dalam dewan dan mengganggu proses pengundian di Cabang Selayang pada 11 Mei 2014.

PATMANATHAN dengan ini digantung keanggotaan parti selama setahun.

Sesi pendengaran bagi yang berikut telah diadakan pada 31 Mei 2014. Setelah mendengar hujah dan bukti responden-responden, Biropolitik telah bersetuju untuk memberi amaran keras serta menarik balik penggantungan keanggotaan bagi:

5) NORIZAN OMAR (Cabang Selayang)

6) AZMAN YAAKOB (Cabang Selayang)