Wednesday, June 25, 2014

Rombakan Kabinet: Menteri/Timbalan Bertambah, Tiada Pengguguran


Selepas menafikan ada rombakan kabinet minggu sudah, hari ini Najib mengumumkan perlantikan 6 orang Menteri dan Timbalan Menteri baru dari kalangan pemimpin MCA dan Gerakan.

Presiden MCA, Liow Tong Lai seperti dijangka mendahului senarai apabila dilantik menjadi Menteri Pengangkutan menggantikan Menteri lembap serba serbi, Hishamuddin Tun Hussein.

Semoga dengan perlantikan Liow, bala yang mendampingi sektor pengangkutan negara kita, akan hilang.  Seperti yang umum tahu, dibawah Hishammudin, macam-macam bala menimpa, termasuk kehilangan MH370.


Bagaimanapun, selain dari perlantikan Liow yang boleh diterima rakyat, perlantikan yang lain dilihat tidak mendatangkan sebarang kebaikan kepada rakyat kerana sekadar nak memenuhi janji pilihanraya dan memberi ruang kepada pemimpin cina BN yang sebelum ini menolak jawatan kabinet.

Umpamanya, apa kepentingannya calon MCA Kajang yang kalah, Chiew Mei Fun turut tersenarai sebagai Timbalan Menteri Wanita, Keluarga & Pembangunan Komuniti?  Dia sudah kalah, buat cara kalah lah.  

Selain itu, anak bintang porno yang juga bekas Presiden MCA, Chua Tee Yong dilantik sebagai Timbalan Menteri Kewangan sementara Ahli Parlimen Telok Intan yang baru, Mah Siew Keong dan Timbalan Presiden MCA, Wee Ka Siong dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Seorang lagi yang dilantik ialah Lee Chee Leong sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri.

Dengan perlantikan baru ini, kabinet Najib menyaksikan pertambahan seramai 3 Menteri dan 3 Timbalan Menteri yang baru.  

Memandangkan tiada Menteri yang digugurkan seperti sangkaan banyak pihak sebelum ini, rakyat terpaksa menanggung pelbagai kemudahan dan gaji untuk semua pemegang jawatan yang baru dilantik.

Adakah semua perlantikan ini menepati janji Najib untuk mengutamakan rakyat dan pencapaian?  Kenapa Hassan Malek dan Jamil Khir Baharom tidak digugurkan sedangkan prestasi mereka jelas mengecewakan rakyat?

Hassan gagal mengawal kenaikan harga barangan sementara Jamil gagal dalam isu kalimah Allah serta pemulangan Bible yang tidak dilaksanakan MAIS.  Walaupun MAIS agensi bawah kerajaan Selangor, tapi selaku Menteri agama, Jamil turut memikul tanggungjawab.

Najib tidak seharusnya menambah beban rakyat dengan melantik terlalu ramai Menteri dan Timbalan Menteri semata-mata untuk memuaskan hati pemimpin cina BN.  Orang cina akan tetap menyokong Pakatan Rakyat, tak kiralah berapa ramai cina yang dilantik ke dalam kabinet BN.

Pakatan Rakyat jelas kecewa dengan perkembangan terbaru ini dan akan membuat bantahan dengan berdemo di depan bangunan Parlimen.