Wednesday, July 16, 2014

Asal bukan Wan Azizah

wan azizah300
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin menyatakan bahawa wanita berhak menjadi Menteri Besar tetapi bukan Wan Azizah Wan Ismail.

Dalam pada masa yang sama, beliau yang juga Ketua Pemuda Umno Malaysia menyatakan bahawa beliau menolak kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Umno Datuk Hafarizam Harun yang menyatakan bahawa wanita tidak boleh menjadi Menteri Besar kerana mengalami uzur syarie.

“Tugas utama Menteri Besar adalah mentadbir negeri dan alasan tidak boleh mengiringi sultan ke majlis rasmi kerana keuzuran hanya perkara kecil. Bahkan kenyataan beliau itu juga merupakan pandangan peribadi beliau dan tidak mewakili pandangan Umno.
“Secara peribadi wanita layak menjadi Menteri Besar, tetapi bukan wanita itu (Wan Azizah),” katanya selepas Mesyuarat Pemuda Umno di Bangunan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Peguam Umno tersebut telah mengeluarkan kenyataan bahawa Wan Azizah tidak layak menjadi Menteri Besar kerana beliau seorang wanita dan beliau mengalami uzur syarie.
Bahkan itu, ia juga akan menyebabkan Wan Azizah tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai Menteri Besar dengan baik.

No comments: