Monday, July 21, 2014

Biar pengundi tentukan nasib saya


  • Jerip Susil
 1 / 1 
KUCHING - Menteri Muda Kesihatan Awam Negeri Datuk Dr Jerip Susil akan membiarkan pengundi memutuskan pilihan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bengoh pada pilihan raya negeri Sarawak akan datang.

Beliau berkata kerusi DUN Bengoh, yang disandangnya itu, sama ada akan ditawarkan kepada parti politik terbaru,  Parti Rakyat Bersatu (UPP), Parti Tenaga Rakyat Sarawak (TERAS) atau Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) pada pilihan raya 2016 nanti.

Jerip berkata beliau dan tiga lagi wakil rakyat lain telah memutuskan untuk menyertai TERAS tetapi kemudian menyertai UPP selepas diipecat daripada SUPP.    

Tiga lagi wakil rakyat yang menyertai UPP ialah Datuk Seri Wong Soon Koh (ADUN Bawang Assan), Ranum Mina (Opar) dan ADUN Engkilili, Datuk Johnical Rayong Ngipa.

Jerip berkata selepas seketika bersama TERAS dan setelah menilai situasi politik semasa di negeri itu, mereka mengambil keputusan untuk menyertai UPP.

Beliau berkata mereka telah berbincang dengan pemimpin TERAS, Tan Sri William Mawan dan persetujuan dicapai bahawa wakil rakyat yang dipecat daripada SPDP kekal dalam TERAS dan mereka yang dipecat daripada SUPP menyertai UPP.   

"Kedua-dua UPP dan TERAS adalah mesra Barisan Nasional (BN) dan itu sebab mengapa kita semua masih wakil BN dan mengekalkan jawatan dalam Kabinet," katanya pada majlis penyampaian hadiah Sukan Rakyat 1Malaysia di Dewan Komuniti Kampung Rejol, Skim Penempatan  Empangan Bengoh, dekat sini, Sabtu malam.

Jerip berkata mereka telah berunding dengan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem dan menyatakan sokongan mereka terhadap kepimpinan beliau sebagai ketua menteri dan pengerusi BN negeri.

Justeru, beliau menasihatkan pengundi supaya tidak mempercayai propaganda yang mereka tidak lagi mewakili BN.

Katanya UPP dan TERAS akan memohon untuk menjadi anggota BN supaya mereka boleh terus berkhidmat dengan berkesan sebagai wakil BN. - Bernama

No comments: