Wednesday, July 30, 2014

Haji Hadi, Nik Aziz Tak Layak Campuri Urusan PKR

Rakyat melihat Pakatan Rakyat semakin rapuh kebelakangan ini setelah 2 pemimpin besar PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Abd Hadi Awang cuba mengeruhkan keadaan di Selangor dengan memberi sokongan terbuka terhadap Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang bakal disingkirkan.

Walhal sudah ditentukan bahawa isu pemilihan Menteri Besar Selangor adalah hak mutlak PKR walaupun dari segi kedudukan kerusi dalam DUN, masing-masing PAS dan DAP mempunyai jumlah sama banyak mengatasi PKR (15, 15, 14).

Perkara ini sudah muktamad, tidak perlu dipersoalkan lagi.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan penyebaran mesej Whatsapp membabitkan Pengarah Strategi PAS, Dr. Zuhdi  Marzuki yang secara jelas menunjukkan bahawa PAS turut mengambil ‘kira-kira’ untuk bekerjasama dengan UMNO bagi mengekalkan Khalid di kerusi Menteri Besar.

Nak menyalahkan Zuhdi juga tidak boleh kerana Nik Aziz dan Hadi sendiri telah memberi sokongan terbuka kepada Khalid, seterusnya memberi lampu hijau kepada Zuhdi untuk melakukan analisa bodohnya itu.

Semua ini bagaimanapun, hanya menunjukkan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat adalah sebuah gabungan parti politik yang rapuh, bekerjasama semata-mata untuk mendapatkan kuasa tapi dalam masa yang sama menunggu dimana silap sebelum mengambil peluang menikam dari belakang.

Dikatakan, inilah punca kenapa Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13 yang lepas, bukan kerana BN terlalu kuat tapi kerana ada sebahagian rakyat yang tidak yakin dengan perpaduan yang ditunjukkan selama ini dalam Pakatan Rakyat, pada mereka semua itu hanya pura-pura.

Memang aku akui bahawa kenyataan seperti di atas itu tidak semuanya salah kerana tujuannya sekarang hanyalah untuk menumbangkan UMNO (yang lain akan datang kemudian – hopefully), tapi kenapa PAS tidak boleh sahaja memainkan peranan sehingga matlamat asas tersebut tercapai terlebih dahulu?

Takkan itupun susah nak buat?

Justeru, suka nak disebutkan disini bahawa Nik Aziz dan Hadi sebenarnya terlalu kecil untuk masuk campur dalam urusan PKR. Lihat saja berapa kerusi Parlimen yang parti itu ada dan berapa kerusi Parlimen yang DAP dan PKR ada - macam langit dengan bumi.

Kerusi DUN yang PAS banyak menang di Selangor terutamanya, adalah kerana sokongan pengundi DAP dan PKR, PAS sebenarnya tidak layak pun bertanding di kerusi itu, tapi atas strategi politik yang telah digariskan, maka kita bagilah.

Jika tidak kerana itu, PAS boleh bangga dengan kerusi tradisionalnya di Kelantan dan Terengganu semata-mata, jadilah parti kampung macam dulu semula.

2 comments:

Anonymous said...

Eh, BODOH!

".....tujuannya sekarang hanyalah untuk menumbangkan UMNO (yang lain akan datang kemudian – hopefully),..."

WRONG!! Tujuannya adalah untuk BERKHIDMAT kepada RAKYAT dan NEGARA!!! Yang lain akan datang kemudian...the PEOPLE and the NATION comes FIRST!!

This is why people are fed up with pr and people like you who politicize EVERYTHING like your anwar and in the end, the PEOPLE get SCREWED, just like what anwar does, literally!

Anonymous said...

Woi, kalau dah nak berat sebelah hanya kepada PKR, tukar nama blog ni kepada Negara PKR.....bukan Negara Pakatan Rakyat!!

PAS lebih baik dari PKR, beb!