Monday, July 21, 2014

MB Selangor: 10 Dalil Kehebatan Wan Azizah Berbanding Khalid Ibrahim


Menurut maklumat dari ibu pejabat PKR di Tropicana, hampir pasti ADUN Kajang, Datuk Seri Wan Azizah Ismail akan dilantik sebagai Menteri Besar Selangor yang baru bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim selepas hari raya Aidilfitri nanti.

Hanya satu nama sahaja yang dihantar kepada Sultan Selangor untuk pertimbangan, iaitu nama Wan Azizah, tidak ada nama lain.

Perlantikan ini nanti selain menamatkan kemelut Menteri Besar Selangor, turut akan menarik kritikan dari pelbagai pihak berhubung keupayaan Azizah menguruskan kerajaan negeri tersebut nanti.


Untuk menjawab semua kritikan itu nanti, dibawah ini disertakan 10 dalil kenapa Wan Azizah adalah jauh lebih hebat berbanding Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor:-

  1. Wan Azizah adalah seorang yang sempurna tubuh badan serta tidak ada sebarang kecacatan fizikal mahu mental berbanding Khalid Ibrahim yang dilahirkan gagap dan kekurangan itu telah menjatuhkan imej kerajaan negeri Selangor sejak 2008.
  2. Wan Azizah juga tidak mempunyai sebarang hutang dengan pihak bank seterusnya menjadikan beliau sebagai kebal rasuah kerana tidak perlu meminta komisyen untuk sebarang projek pembangunan di Selangor.  Sementara Khalid pula mempunyai hutang tertunggak berjumlah lebih USD18 juta dengan Bank Islam (RM 66.7 Juta).
  3. Kegagalan Khalid Ibrahim menangani masalah air di Selangor adalah kerana dia tidak pernah memahami kesusahan rakyat.  Segala pekerjaan rumah dilakukan pembantu rumah yang diupah.  Wan Azizah pula pernah menempuhi semua kepayahan tersebut dalam membesarkan 6 orang anak semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan di penjara.
  4. Dari segi pengalaman dalam pentadbiran, Wan Azizah ternyata mendahului Khalid kerana beliau terlebih dahulu pernah menjadi isteri kepada seorang Timbalan Perdana Menteri.  Pengalaman itu telah memberi pendedahan kepada beliau akan selok belok menguruskan sebuah kerajaan, apatah lagi, Anwar pernah beberapa kali memangku jawatan Perdana Menteri semasa ketiadaan Mahathir.
  5. Pada saat ini pun, Wan Azizah adalah Presiden PKR sejak parti itu muka ditubuhkan pada tahun 1999. Khalid tidak lagi mempunyai apa-apa jawatan politik selepas tewas dalam pemilihan Ketua Cabang Kuala Selangor baru-baru ini.
  6. Gerakan Reformasi yang menggegar negara lewat abad ke 20 dulu, adalah diketuai oleh Wan Azizah.  Walaupun gagal mencapai matlamat utama untuk menggulingkan pemerintahan diktator Mahathir dan membebaskan Anwar, tapi sekurang-kurangnya dapat membawa wadah baru dalam politik negara.  Khalid tidak pernah mempunyai apa-apa pengalaman seperti itu.
  7. Wan Azizah melahirkan 5 orang puteri dan 1 orang putera yang hebat-hebat.  Puteri sulung Wan Azizah, Nurul Izzah Anwar adalah ahli Parlimen Lembah Pantai sejak tahun 2008 sementara anak tunggal lelaki beliau, Ehsan kini menetap di New York.  Tidak banyak yang diketahui mengenai anak-anak Khalid melainkan sekurang-kurangnya seorang diketahui pernah terlibat dengan dadah.
  8. Mempunyai kelayakan profesional sebagai pakar mata, Wan Azizah pada zamannya adalah antara beberapa kerat wanita Melayu yang berjaya mencapai taraf tersebut.  Khalid pula hanya mempunyai ijazah pertama dalam bidang ekonomi sementara lain-lain kelayakan akademik yang kononnya dimiliki Khalid adalah dibeli untuk mencantikkan profil syarikat yang diketuainya dulu.
  9. Sepanjang karier politiknya, Wan Azizah telah menerima pelbagai anugerah.  Paling tinggi sekali ialah anugerah Sayyidatina Khadijah yang dianugerahkan kepada beliau oleh ABIM pada tahun 2013.  Anugerah tersebut meletakkan beliau setaraf dengan isteri-isteri hebat dalam sejarah Islam. Sayyidatina Khadijah adalah isteri kepada Nabi orang Islam, Muhammad saw.  Khalid pula tidak pernah menerima apa-apa anugerah secara merit bagi menandakan kejayaan dalam karier mahupun hidup.
  10. Wan Azizah juga mampu menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri, terutama dari segi penggunaan tenaga elektrik.  Ini kerana Wan Azizah lebih selesa menggunakan kipas tangan untuk menyejukkan dirinya.  Khalid pula tidak boleh hidup tanpa pendingin hawa, boleh mati katanya.
Semua inilah 10 dalil kenapa Wan Azizah layak menjadi Menteri Besar Selangor yang baru selepas raya nanti.  Jika ada yang kurang, sila masukkan di ruangan komen di bawah.


17 comments:

Anonymous said...

aku dan rakan2 dah mula menyampah dengan pkr ni. nak sokong bn pulak PU14

Anonymous said...

11. Wan Azizah adalah seorang yg tahan lasak boleh menerima tusukan keris bengkok dari depan dan belakang

Anonymous said...

Ape ke bangang laa yg penulis ni merapik ni.. otak letak kat lutut ke bro?

Anonymous said...

Kalau macam tu rosmah pun boleh jadi pm.. Puih, pru lepas ni undi bn balik la..

Anonymous said...

dalil paling bodoh penah aku dgr.. dlu mase pilihanraya bergabung baik.. skrg tikam belakang.. cm cilakak je..

Anonymous said...

Hancurla Selangor kali ini. Keluarga Dajal jadi MB.

Anonymous said...

Aku pun sama, integriti TSKI antara sebab utama aku sokong PKR sebelum ni, PRU depan terpaksa la undi BN nampaknya walaupun tak rela...

Anonymous said...

aku pun akan sokong BN. Wan azizah tu boneka aje

Anonymous said...

Nampak sang at mengampu.ak pun ada 99 sebab tan sri Khalid lebih Bagus Dari puppet monster

Anonymous said...

puppet la lepas ni..nanti anwar plak yang naik

Anonymous said...

Ini semua poyo.... belum sampai setahun jadi ahli parlimen kat selangor nk dilantik jadi MB. Kalau nk kalah PRU14, sila teruskan la rancangan tsb iya....

Anonymous said...

13. Sebab wan azizah boleh jd mb. Sbb beliau x layan anjing umno yang ske menyalak. . Salak salak. . Duit negara hbis. . Benjamin Natanyahu -BN-

Anonymous said...

Wan Azizah dah menopose so ok lah sebab biasa reason perempuan susah kerja sbb asyik cuti sakit sengugut jer

Ayyad Azman said...

Apa benda ni. Penulis mcm bangsat

Anonymous said...

Apa benda penulis ni...

Anonymous said...

ini lah KEADILAN yg di ajar oleh Yahudi pada DSAI..TSKI jangan berundur lawan sampai ke tandusan idea terakhir..Anak2 Selangorku rapatkan barisan d belakang TSKI..Ini semua perancangan jahat DAPig untuk menakluki Selangor negeri terkaya..Apabila WA bejaya jd MB Selangor,mereka akan londehkan kain WA dengan isu salahlaku DSAI..Ini semua permainan DAPig..Singapore dah bebilion dollar labur utk menjadikan DAPig Presiden Of Malaysian.

rozaini yusof said...

Assalammulaikum.

Setiap manusia ada kelebihan dan ada kelemahan. Semasa pemerintahan para khalifah pun ada kelemahan. Tapi para kalifah islam ada satu kehebatan sebagai pemimpin iaitu Kewibawaan memerintah. Setakat dapat anugerah dan pernah jadi isteri timbalan menteri tidak semestinya mahir mentadbir negeri. Contoh Negara malaysia di tadbir oleh Najib atau Rosmah fikir2kan lah.

Sekian terima kasih.

Doakan kemanan Negara Malaysia dan Umat islam di seluruh dunia.