KUALA LUMPUR: Dua kotak hitam yang ditemui di lokasi nahas pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 diserahkan kepada delegasi Malaysia pagi ini.
AFP melaporkan, penyerahan itu dibuat oleh ketua kumpulan pemisah pro-Rusia Alexander Borodai pada satu sidang media.
Pasukan pakar dari Malaysia dan wakil kumpulan pemisah itu menandatangani satu protokol sebelum penyerahan dibuat.
“Kedua-dua kotak kelihatan dalam keadaan baik, cuma memiliki sedikit kerosakan,” seorang wakil Malaysia dipetik berkata.
Laporan itu juga menyebut bahawa pasukan pemberontak turut mengumumkan gencatan senjata dalam radius 10 kilometer di sekeliling tapak nahas.
Ianya bagi membenarkan penyiasat antarabangsa memasuki kawasan tersebut di mana pesawat malang tersebut terhempas pada Khamis lalu.
Pesawat Boeing 777-200 Malaysia Airlines penerbangan MH17, sedang dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur terhempas dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu darat ke udara pada Khamis.
Pesawat malang itu ditembak jatuh di Donetsk, timur Ukraine. -HARAKAHDAILY 22/7/2014
No comments:
Post a Comment