Thursday, July 24, 2014

#MH17: Malaysia Pengguna Terbesar Peralatan Tentera Russia!!


Dalam persidangan khas Parlimen semalam untuk membincangkan isu MH17 ini, majoriti pimpinan Pakatan Rakyat telah mendesak agar sekatan dikenakan ke atas Russia atas pembabitan negara tersebut dalam insiden ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan sebagainya, semua bercakap tentang perkara yang sama, malah gesaan itu diulang semula malam tadi selepas mesyuarat khas membincangkan isu Menteri Besar Selangor selesai.

Malah Guan Eng lebih berani lagi apabila meminta bayaran untuk pesawat pejuang Sukhoi sebanyak 18 buah, dihentikan.  Jika BN taknak henti, Pakatan Rakyat akan buat, bila kita mengambil alih Putrajaya pada PRU14 nanti.
Rakyat melihat semua kenyataan ini sebagai menggambarkan pendirian Pakatan Rakyat iaitu Russia memang bersalah walaupun tidak ada penyiasatan rasmi dijalankan lagi.

Jenis-jenis peralatan tentera Russia yang digunakan tentera Malaysia ialah:-
  1. MIG 29 Fulcrum (Pesawat Pejuang)
  2. Sukhoi 30 MKM (Pesawat Pejuang)
  3. T-72 MiZ (Kereta Kebal/dikeluarkan secara berlesen di Poland)
  4. Igla (Manpads)
  5. Mil-17V (helikopter)
  6. Pelbagai sistem radar yang digunakan di atas kapal-kapal perang dan pesawat pejuang
  7. Brahmos (peluru berpandu anti kapal)
  8. RR-77 (peluru berpandu udara ke udara jarak sederhana)
  9. RR-73 (peluru berpandu udara ke udara jarak dekat)
Semua peralatan ini perlu dipulangkan kembali kepada Russia sebagai tanda bantahan atas insiden yang menimpa MH17 ini.  Mana bayaran yang belum dilunaskan sepenuhnya, perlulah dihentikan dengan serta merta.

Nak buat apa bayar lagi, nanti wang itu akan digunakan untuk mencipta senjata yang lebih canggih untuk digunakan ke atas kita semula - seperti yang mungkin berlaku dalam insiden MH17 ini.

Biar negara ini tidak ada pesawat pejuang pun tak apa, janji mesej kita kepada Russia jelas - bahawa rakyat negara ini mengecam penglibatan terkutuk mereka dalam insiden menembak jatuh pesawat komersial milik MAS.

Jika terbukti selepas siasast

4 comments:

Anonymous said...

Mangkok ni cakap macam budak main pondok2 je. Dah terbukti ke nahas ni angkara Russia? Kalau dah serahkan balik peralatan perang ni, kita nak beli drp siapa peralatan yg baru tu dan dapat ke kita peralatan yg setanding dengan harga yg sama jika membeli daripada US. Berapa lama pulak jangkamasa rundingan dan penghantarannya.

bebodo said...

memang otak budak main pondok ponodk pun..

Anonymous said...

Blog sampah..
Semua hal nak di politikan..
Tak dak bukti lagi rusia yang buat..

Anonymous said...

Bodoh tak bertempat..
Afa ka patut suruh pulangkan balik senjata yg dibeli..
Nanti musuh datang kita pakai tombak lah...
Mohon jgn berpolitaik dlm kes seperti ini...