Wednesday, July 23, 2014

PAS Usah Berlagak Pandai Di Sarawak


Cadangan PAS agar DAP Sarawak keluar dari Pakatan Rakyat menjelang pilihanraya negeri yang akan datang, adalah satu cadangan bodoh, datang dari parti yang sebetulnya hampir tidak ada apa di negeri tersebut.

Tanpa DAP, kekuatan Pakatan Rakyat di Sarawak jatuh hampir 80% kerana dari 15 kerusi DUN sekarang, 12 adalah milik DAP, manakala selebihnya PKR.

Mana kerusi PAS?  Satu pun tak ada.

Jadi PAS harus sedar diri dan usah memandai-mandai nak menghalau DAP keluar dari Pakatan Rakyat.  Setakat hampir menang di Beting Maro dalam pilihanraya negeri 2011, belum cukup bagus kerana hampir menang dan menang adalah dua perkara yang berbeza.

Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah PAS mengubah pendekatan politik parti itu yang terlalu ke arah isu-isu yang berkaitan dengan Islam.  Sarawak adalah negeri majoriti orang Kristian dan isu berkaitan Islam, kurang laku disini.

Dengan tarikh pilihanraya negeri yang tidak berapa jauh saja lagi, PAS sudah patut mengadakan gerak kerja di gereja-gereja di seluruh Sarawak untuk mendapatkan sokongan.  PAS perlu mempromosikan parti itu sebagai parti liberal, disebalik perjuangan rasmi berasaskan Islam.

Tapi ini semua masih tidak dilakukan, PAS masih dengan gerak kerja yang sama - Islam.

Era ini, Islam sering dikaitkan dengan aktiviti keganasan.  Ada diantara ahli-ahli PAS sendiri pun terlibat dengan kumpulan-kumpulan militan sehingga keputusan terpaksa dibuat untuk memecat mereka dari parti baru-baru ini.

Nasib baik ada DAP untuk mengimbangi perkara tersebut dan sekarang PAS mahu DAP keluar dari Pakatan Rakyat di Sarawak?  Sepatutnya PAS yang keluar dari Pakatan Rakyat peringkat kebangsaan kerana banyak ketetapan mereka tidak selari dengan pendirian bersama Pakatan Rakyat.

Peluang Pakatan Rakyat untuk menang di Sarawak adalah lebih cerah tanpa PAS menjadi sebahagian dari komponen.  PAS patut sedar diri akan hakikat tersebut.

1 comment:

Anonymous said...

PAS ke DAP ke, dua2 xpayah berlagak pandai di Sarawak. Bagus pegi main jauh2 Ape punya artikel daaaa