Tuesday, July 22, 2014

Penolakan dari istana tidak benar

istana
SHAH ALAM: Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata dakwaan di beberapa portal media yang melaporkan bahawa Sultan Selangor menolak permohonan Ahli Parlimen Shah Alam Khalid  Samad untuk menghadap baginda adalah tidak benar.

Menurut beliau, pihak istana belum membuat apa-apa keputusan berhubung permohonan Khalid Samad untuk menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Tambah beliau lagi, istana tidak pernah dihubungi oleh mana-mana portal berita untuk sebarang pencerahan atau kenyataan  mengenai surat permohonan tersebut.
“Pihak istana akan mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menolak dakwaan bahawa baginda tidak memperkenankan permohonan Khalid Samad dalam waktu terdekat,” katanya.
Semalam, beberapa portal media telah melaporkan bahawa Sultan Selangor  tidak memperkenankan  permohonan Khalid Samad untuk menghadap baginda.

No comments: