Friday, July 25, 2014

PKR Jadi Parti Ganas Bukan Salah Wan Azizah


Dalam usaha mencemarkan imej Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai bakal Menteri Besar Selangor yang baru, UMNO menampilkan gambar-gambar insiden pergaduhan dalam pemilihan PKR yang baru-baru ini.

Tujuannya nak menunjukkan bahawa kalau Wan Azizah tidak mampu nak mengawal orang dalam partinya sendiri, bagaimana nak menguruskan sebuah kerajaan yang besar seperti Selangor ini.

Sebetulnya, pendekatan seperti ini hanyalah berniat jahat.  UMNO cemburu kerana PKR terlebih awal mengangkat martabat wanita dengan mencalonkan Wan Azizah untuk jawatan Menteri Besar - satu perkara yang tidak pernah berlaku sejak merdeka.

Hampir pasti selepas perlantikan ini, wanita akan memandang tinggi PKR dan dengan lebih separuh dari jumlah pengundi di Malaysia ini adalah terdiri dari kaum wanita, maka UMNO sudah pasti akan menghadapi masalah yang besar.

Selain itu, UMNO mungkin terlupa bahawa majoriti besar ahli-ahli PKR hari ini kalau yang melayunya, adalah bekas ahli UMNO, kalau India, bekas ahli MIC dan kalau cina, bekas ahli MCA atau Gerakan.

Kebetulan, sebahagian besar insiden pergaduhan dalam pemilihan cabang tempoh hari dicetuskan oleh ahli PKR berbangsa India, dah tentulah mereka memperolehi idea seperti ini semasa mereka menjadi ahli MIC dulu.

Pendek kata, PKR hanya menjadi mangsa keadaan.  Kita tidak ada pilihan lain selain dari menerima orang-orang ini sebagai ahli kerana PKR secara perbandingannya adalah sebuah parti baru berbanding MCA, MIC dan UMNO sendiri yang telah wujud sebelum merdeka lagi.

Jadi sebelum UMNO menunding jari ke arah Wan Azizah sebagai tidak kompeten kerana beberapa kejadian keganasan yang berlaku dalam pemilihan PKR, cermin diri itu dahulu dan tanya dari mana punca semua keganasan ini, kalau bukan dari UMNO sendiri.

Sebetulnya bukan pergaduhan sahaja, penipuan dalam pemilihan PKR itu sendiri pun dilakukan ahli-ahli PKR tertentu berdasarkan pengalaman menipu dalam pemilihan UMNO - semasa mereka menjadi ahli parti tersebut dulu.

Dakwaan ini dikukuhkan dengan fakta bahawa UMNO pernah diharamkan Mahkamah kerana penipuan yang berlaku dalam pemilihan UMNO 1987 yang menyaksikan Mahathir hampir kalah kepada Tengku Razaleigh Hamzah dengan perbezaan 44 undi sahaja.


1 comment:

Anonymous said...

Kah..kah..kah, PKR kan maksum dari semua kesalahan dan dosa. Apa la korang ni nak tuduh2 plak!