Aku tidak nampak kenapa Ketua Menteri Penang, Lim Guan Eng perlu menarik balik kenyataannya yang mengaitkan kejadian seorang anggota polis ditembak mati dalam satu serang hendap tentera Sulu di Sabah dengan lawatan Perdana Menteri, Najib Tun Razak.
Menurut sumber, Guan Eng memang ada maklumat dari sumber tersendiri bahawa kejadian itu berlaku kerana tentera Sulu tidak hormat dengan Najib dan kerana itu nyawa seorang anggota polis melayang manakala seorang rakannya hilang.
Ini tidak menghairankan kerana DAP mempunyai 4 orang wakil rakyat di Sabah yang boleh sahaja menyampaikan maklumat dalaman berkaitan kejadian berkenaan kepada beliau.
Bagaimana rasa hormat boleh ada kaitan dengan kejadian tersebut usah dipersoalkan, yang penting sebagai penyokong Pakatan Rakyat, kita harus percaya dengan kewibawaan pemimpin-pemimpin kita. Tentulah ada alasan yang munasabah kenapa kenyataan itu dibuat.
Lagipun, takkan semua benda nak cerita dengan orang.
Tentang anggota polis yang mati dalam kejadian tersebut, ada maklumat yang menyebut kerajaan Penang sedang menimbang untuk memberikan sedikit wang kepada keluarganya walaupun sedar mati adalah risiko yang perlu ditanggung oleh seorang yang bekerja sebagai polis.
Sumbangan ini nanti diharap dapat menyelesaikan semua polemik yang timbul atau sengaja ditimbulkan oleh UMNO lanjutan dari kenyataan Guan Eng yang disiarkan Malaysiakini itu.
Dalam pada itu, Pakatan Rakyat difahamkan tidak menyokong sebarang pembayaran menggunakan wang rakyat untuk membebaskan seorang anggota polis yang diculik dalam kejadian itu. Ini termasuklah menghantar tentera kita untuk menyelamatkan anggota berkenaan kerana ia turut melibatkan wang rakyat.
Nak hantar tentera sudah tentu guna perbelanjaan yang besar, berbaloikah untuk menyelamatkan seorang anggota polis? Lebih baik wang itu digunakan untuk memperkuatkan sempadan negara yang nampaknya senang sangat dicerobohi.
Perkara ini seharusnya diserahkan kepada tentera Filipina untuk menguruskannya kerana dipercayai anggota berkenaan sedang ditahan di sebuah pulau dalam negara itu. Itupun kalau mereka nak uruskan, jika tidak, kita berdoa sajalah semoga anggota berkenaan selamat.
No comments:
Post a Comment