• Abdul Khalid (baju melayu) sempat merakamkan gambar ‘selfie’ bersama petugas media
semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama media di Hotel Holiday Villa, kelmarin.Abdul Khalid (baju melayu) sempat merakamkan gambar ‘selfie’ bersama petugas media semasa menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama media di Hotel Holiday Villa, kelmarin.
 1 / 1 
SHAH ALAM- Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menafikan wujud unsur politik dalam langkah terbaru mengkaji semula kedudukan pengerusi dan ahli lembaga anak syarikat milik kerajaan negeri.

Beliau turut menafikan bahawa ia mensasarkan pengikut pencabar terdekatnya, Mohamed Azmin Ali dalam tindakan itu.

“Kita hanya buang yang tidak baik, bukan yang baik,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama media di Hotel Holiday Villa, kelmarin.
Beliau mengulas mengenai langkah terbaru kerajaan negeri itu yang mahu menyingkirkan individu yang tidak menunjukkan pencapaian cemerlang di dalam syarikat milik Menteri Besar Incorporated (MBI).

Kelmarin, Ketua Pegawai Eksukutif MBI, Faekah Husin berkata, MBI akan melakukan kajian dan meneliti pencapaian anak-anak syarikat di bawah perbadanan itu untuk tujuan penambahbaikan.

Katanya, ini termasuk mengkaji semula kedudukan pengerusi syarikat dan ahli lembaga pengarah dan pengurusan tertinggi di semua anak syarikat milik penuh kerajaan negeri di bawah MBI.

“Bagaimanapun, ia tidak melibatkan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kerana syarikat itu ditubuhkan mengikut peruntukan undang-undang berbeza,” katanya.

Januari lalu,  Abdul Khalid mendedahkan keputusan tidak melantik semula Azmin telah diputuskan pengurusan PKNS bukan daripada pihaknya.