Sunday, August 17, 2014

Ahli PKR Keluar Parti Demi Khalid

  • Ahli Grabs membuat bantahan terhadap kemelut politik Selangor, di Dataran Kemerdekaan, semalam.Ahli Grabs membuat bantahan terhadap kemelut politik Selangor, di Dataran Kemerdekaan, semalam.
 1 / 1 
SHAH ALAM -  Gerakan Rakyat Arus Bawahan Selangor (Grabs) bangkit menzahirkan tanda sokongan padu kepada pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sekali gus membantah pilihan PKR yang mahukan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggantikan posisi itu.

Pengerusi Grabs, Mohd Faisal Idris berkata, sebagai rakyat Selangor mereka menentang Dr Wan Azizah diangkat sebagai menteri besar dan mendesak pimpinan PKR dan DAP akur dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahukan Abdul Khalid menerajui kepimpinan negeri.

“PKR dan DAP dilihat menghasut rakyat dan menghuru-harakan negeri malah titah Sultan dibidas mereka.


“Gerakan mengucar-ngacirkan pentadbiran negeri sehingga program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) terhenti,” katanya ketika sesi bantahan aman, di Dataran Kemerdekaan, di sini semalam.

Mohd Faisal turut mengumumkan dirinya keluar PKR Cabang Sabak Bernam kerana parti itu tidak lagi berpegang kepada rukun parti dan perjuangan keadilan.

“Abdul Khalid tidak diberi keadilan untuk menyatakan kesalahannya namun telah dipecat serta-merta. Jelas sekali beliau menjadi mangsa kezaliman politik,” katanya, sambil menyifatkan tindakan mereka bertujuan mempertahankan hak rakyat Selangor meskipun dianggap sebagai terlewat kerana kemelut sudah sampai ke kemuncak.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Grabs, yang juga bekas ahli PKR Cabang Kota Raja, Hanafiah Hussin berkata, rakyat Selangor tidak merestui lantikan MB bidan terjun yang dilakukan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia dilihat mendukung nepotisme dan kronisme.

“Secara jelas mereka mengingkari titah Sultan kalau kita tengok di media sosial, banyak perkara yang dibidas ahli politik termasuk mengutuk institusi raja kerana buat keputusan sokong Abdul Khalid.

“Saya nak ingatkan kepada pemimpin DAP dan PKR, keputusan yang dibuat oleh Sultan kena akur, kebanyakan pemimpin DAP dan PKR bukan anak jati negeri, mereka harus tahu Undang-undang Tubuh Negeri Selangor, " katanya.

1 comment:

Anonymous said...

Muka2 mcm org suruhan Umnongok je