Monday, August 18, 2014

Akhirnya PAS Tunduk Kepada Wan Azizah


Entah wayang apa yang PAS cuba mainkan bila mendakwa Adun Bukit Antarabangsa, Azmin Ali yang dinamakan parti itu sebagai calon Menteri Besar disamping Datuk Seri Wan Azizah Ismail, tidak menolak pencalonan yang dbuat parti tersebut semalam.

Walhal mesyuarat Pakatan Rakyat dan dokumen dalam bentuk akuan bersumpah oleh Azmin membuktikan beliau memang menyokong Wan Azizah seorang sahaja sebagai Menteri Besar.

Tapi biarkanlah itu dahulu kerana yang penting sekarang akhirnya, PAS tunduk juga kepada kehendak Pakatan Rakyat yang mahu Wan Azizah dicalonkan, bukan Khalid seperti mana yang dipersetujui Majlis Syura Ulama sebelum ini.

Bimbang juga kalau Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memutuskan untuk menyokong Khalid kerana itu sudah pasti akan memburukkan lagi krisis yang sedang berlangsung di negeri tersebut sejak Khalid dipecat dari PKR.

Ini membuktikan bahawa PAS bukanlah parti yang kuat mana.  Memang parti itu boleh diharapkan untuk sokongan di peringkat akar umbi dalam menjalankan kerja-kerja kasar seperti dalam himpunan dan sebagainya, tapi diperingkat kepimpinan ni ada haru biru sikit.

Tapi tak mengapalah, kadang-kadang tunjuk degil tu supaya Pakatan Rakyat melihat masalah yang cuba mereka sampaikan, bila masalah itu berjaya diatasi, sokongan yang diharap-harapkan pasti akan dapat juga akhirnya.

Cuma aku bimbang sedikit kerana PAS dilihat masih berteka teki bila bertegas mahukan nama Azmin dan Wan Azizah dihantar untuk pertimbangan Istana dan akan akur kepada pilihan Istana selepas itu.

Apa yang cuba disampaikan dengan kenyataan seperti itu?  Kalau sokong, sokong sajalah, kenapa mesti nak tunggu pilihan Istana?  Lagipun apa pilihan yang Istana ada kerana Pakatan Rakyat (dan PAS sendiripun) telah bersetuju untuk menghantar hanya satu nama kepada Istana - Wan Azizah.

No comments: