Monday, August 18, 2014

Antara Keputusan Majlis Syura & J/kuasa Kerja Pusat, ADUN PAS S'gor Perlu Ikut Mana Satu?


Selesai mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam, persoalan yang timbul ialah, keputusan mana yang ADUN PAS Selangor perlu ikut, keputusan Majlis Syura Ulama atau keputusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat?

Kalau ikut perlembagaan parti PAS, Perkara 8 (b), Majlis Syura Ulama PAS antara lain; Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memelihara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan, gerakan dan pentadbiran PAS.

Sementara Jawatankuasa Kerja PAS Pusat menurut fasal 25 Perlembagaan PAS pula, hanyalah bertindak sebagai pelaksana kepada semua ketetapan yang diputuskan oleh Majlis Syura Ulama.


Jadi kalau ada sesiapa tanya aku sama ada isu Menteri Besar Selangor ini sudah selesai atau belum, aku kata belum.

Maaf cakaplah kan, kalau tak kena gaya ni, pilihanraya semula orang Selangor.  Kali kedua dalam tempoh setahun lebih, dan kali ketiga untuk orang Kajang.  Pangkah tak habis-habislah nampaknya.

No comments: