Baru-baru ini, pelakon dan pelawak terkenal, Azlee Senario atau nama sebenarnya, Azlee Jaafar, dikhabarkan terlantar di wad Hospital Pakar Damansara.
Malah, perkongsian adiknya, Nurasyabli Jaafar, menerusi beberapa keping gambar membuktikan pelakon ini sedang berperang dengan kesakitan.
Menurut isterinya, Aslinda Ayob, 43, suaminya itu terpaksa ditahan di wad berkenaan pada Aidilfitri lalu akibat masalah batu dalam hempedu.
Malah, perkongsian adiknya, Nurasyabli Jaafar, menerusi beberapa keping gambar membuktikan pelakon ini sedang berperang dengan kesakitan.
Menurut isterinya, Aslinda Ayob, 43, suaminya itu terpaksa ditahan di wad berkenaan pada Aidilfitri lalu akibat masalah batu dalam hempedu.
Bagaimanapun, keadaan pelakon filem, Senario The Movie, ini kembali stabil dan dibenarkan pulang pada Rabu lalu.
"Alhamdulillah, keadaan abang di tahap yang baik berbanding sebelum ini. Namun, dia perlu banyak 'berpantang'.
"Doktor berpesan supaya dia berehat dalam masa dua tiga minggu ini daripada melakukan aktiviti lasak dan pemakanan.
"Ini kerana pada September depan, dia akan menjalani pembedahan kerana batu dalam hempedu itu sudah merebak ke saluran pankreas," katanya yang memberitahu Azlee telah melalui kaedah andoskopik baru-baru ini.
Mengidap darah tinggi
Bertanya mengenai tahap kesihatan Azlee sebelum ini, Azlinda memberitahu, suaminya turut mengidap darah tinggi.
Katanya, penyakit itu telah menyerang Azlee sejak setahun lalu.
"Sebelum ini, dia tidak pernah tahu akan penyakit batu dalam hempedu ini. Namun, sepanjang Ramadan, dia mula mengadu sakit.
"Berkali-kali kami ke hospital, namun doktor tidak mengesahkan apa-apa penyakit.
"Apabila sakit itu menyerang lagi pada hari raya, dia membuat pemeriksaan di Hospital Pakar Damansara dan terus di tahan dalam wad," katanya lagi.
Menyelak kembali penglibatan Azlee dalam industri, pelakon ini menjadi residen artis di TV3 sejak era 90-an bersama kumpulan, Senario.
Sepanjang penglibatan seni, Azlee telah membintangi lebih 20 filem sejak tahun 1999.
Selain itu, Azlee, 47, juga pernah bergiat aktif dalam muzik ghazal di Johor.
No comments:
Post a Comment