Sunday, August 3, 2014

Bekalan air mentah Selangor masih di tahap terkawa


KUALA LUMPUR: Walaupun pengguna air sedia maklum bahawa terdapat kekurangan taburan hujan akibat fenomena El-Nino, Lembaga Urus Air Negeri Selangor (LUAS)  ingin menjelaskan bahawa keadaan bekalan air mentah masih di tahap terkawal yang mana catuan air belum perlu dilakukan.

Pengarahnya, Md Khairi Selamat menyatakan demikian merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mendakwa keadaan air mentah telah mencapai tahap “kecemasan” dan mahu kerajaan negeri mengenakan catuan air.

“Pendekatan yang diambil untuk tidak mengenakan catuan bekalan air di Negeri Selangor berdasarkan jumlah pelepasan air secara optima dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi,” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini seperti di bawah.

Lembaga Urus Air Negeri Selangor (LUAS) ingin merujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago yang mendakwa keadaan air mentah telah mencapai tahap “kecemasan” dan mahu kerajaan negeri mengenakan catuan air.

Walaupun pengguna air sedia maklum bahawa terdapat kekurangan taburan hujan akibat fenomena El-Nino, LUAS ingin menjelaskan bahawa keadaan bekalan air mentah masih di tahap terkawal yang mana catuan air belum perlu dilakukan.

Pendekatan yang diambil untuk tidak mengenakan catuan bekalan air di Negeri Selangor berdasarkan jumlah pelepasan air secara optima dari Empangan Sungai Selangor dan Empangan Sungai Tinggi. Buat masa ini kadar pelepasan air dari Empangan Sungai Selangor dan Sungai Tinggi masing-masing berjumlah 700 dan 500 Juta Liter Sehari (JLH) manakala kadar pengeluaran kolam alternatif sebanyak 500 JLH.

Selebihnya, sumber air adalah dari aliran air sungai termasuk aliran permukaan hasil aktiviti pembenihan awan secara berterusan yang dijalankan oleh LUAS bersama Tentera Udara Diraja Malaysia, Jabatan Meteorologi Malaysia dan syarikat AF Jet Sdn. Bhd yang meliputi seluruh Negeri Selangor.

LUAS menjangkakan pengeluaran sumber air alternatif dari kolam akan dipertingkatkan kepada 800 JLH pada minggu hadapan. Ini akan dapat mengurangkan pelepasan air dari kedua-dua empangan di atas.

Kita juga ingin menekankan bahawa berdasarkan maklumat yang dimaklumkan oleh pihak Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor (SPLASH), tahap takungan empangan kritikal 30% adalah tidak termasuk “dead water storage”.

Kuantiti air kolam alternatif yang telah dikenalpasti mampu membekalkan untuk tempoh lima (5) bulan sehingga bulan Oktober dimana perubahan Monsun Timur Laut yang membawa hujan akan berlaku.

Gabungan aktiviti di atas yang dijalankan secara berterusan akan dapat memastikan kebolehdapatan sumber air mencukupi untuk bekalan kepada lima (5) loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor untuk mengelakan gangguan bekalan air atau catuan.

Bagi tujuan memastikan kualiti air adalah mematuhi piawaian Kementerian Kesihatan Malaysia, samada air mentah atau air terawat, ujian persampelan air dibuat secara berterusan bersama Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

LUAS juga telah mendapat perkhidmatan Rela sebagai usaha tambahan menjagak keselamatan di tapak operasi kolam-kolam alternatif di samping kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM).

LUAS dan beberapa agensi kerajaan yang lain seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Meteorologi Malaysia sedang berusaha keras agar rancangan dan pelan tindakan bagi memastikan bekalan air mentah mencukupi tanpa mengenakan catuan. 

Kami berharap semua pihak dapat memberi kerjasama dan bukannya mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan keresahan para pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. -HARAKAHDAILY 2/8/2014

No comments: