Tuesday, August 19, 2014

BN Gembira Wan Azizah Jadi MB?


Menurut keputusan satu mesyuarat sulit antara kepimpinan tertinggi BN dengan 12 ADUN Selangor kelmarin, dilaporkan bahawa BN negeri telah mengubah pendirian dengan menyokong pencalonan Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar.

Walaupun sokongan sudah tidak penting lagi kerana PAS sudah membuat keputusan berpihak kepada Wan Azizah, tapi dalam masa yang sama, keputusan PAS ini tidak kukuh kerana ia turut mahu Azmin Ali dinamakan sekali sebagai calon Menteri Besar.

Sedangkan Pakatan Rakyat hanya akan mencalonkan Wan Azizah seorang.

Justeru, ada kebarangkalian yang besar, baki 13 ADUN PAS hari ini membuat keputusan tidak menyokong Azizah dan sebaliknya menyokong Azmin bila undian di Dewan diadakan kelak. 

Jika itu berlaku, UMNO dan ADUN Bebas, Khalid Ibrahim, boleh menjadi pengacau dalam merealisasikan hasrat rakyat untuk melihat Wan Azizah mengambil alih pentadbiran negeri tersebut.  Atas sebab yang demikian, maka Pakatan Rakyat mengalu-alukan sokongan BN kepada Wan Azizah ini.

Bagaimanapun, kita juga perlu berhati-hati.  BN sudah pasti tidak akan membuat keputusan yang merugikan mereka.  Dikatakan, sokongan BN kepada Khalid Ibrahim sebelum ini adalah untuk memaksa ADUN-ADUN PAS tertentu belot dengan melanggar arahan Majlis Syura yang mahu Khalid kekal.

Jika 12 ADUN BN membuat keputusan untuk berkecuali, maka, tidak akan berlaku keadaan seperti sekarang kerana kedudukan Wan Azizah untuk jawatan itu hampir tidak dapat dicabar walaupun 15 ADUN PAS tidak menyokong.

Kerana pendirian BN yang mengumumkan untuk menyokong Khalid itulah maka 2 ADUN PAS berkenaan, Saari Sungi dan Hasnul Baharudin terpaksa menunjukkan diri mereka yang sebenar dengan menyokong pencalonan Wan Azizah.

Tak pasal-pasal, rahsia yang disimpan Saari dan Hasnul sebelum ini, sudah terdedah.

Lagipun inilah masanya untuk BN melihat siapa menyokong siapa dalam Pakatan Rakyat supaya mudah mereka nak atur strategi dalam PRU akan datang.

Aku terpaksa menyebutkan disini, dari sudut itu, BN sebenarnya telah berjaya.  Apa pun yang berlaku selepas ini, 2 ADUN berkenaan sudah tidak boleh dipercayai lagi, terutama oleh PAS dan para penyokongnya atas tindakan tersebut.

Silap-silap, dalam PRU yang akan datang, mereka tidak akan dicalonkan semula.

1 comment:

Anonymous said...

Sokong 100%. Ini semua kerja BN. Nampak santa BN ada menjalin kerjasama dengan DAP. Sah.